7.17.2010

Sarang Tebuan Jangan Di Jolok

a



YBhg Dato’ Adiwijaya Haji Abdullah telah mengadakan kenyataan akhbar bagi pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berhubung dengan isu kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama lain yang bukan Islam, pada 4 Januari 2010. Katanya perkara yang disentuh ini adalah suatu perkara yang boleh menggugat keamanan negara, maka seharusnya keputusan yang dibuat hendaklah lebih bijak. Faktor kebenaran sahaja tidak memadai untuk dijadikan landasan membuat keputusan, tetapi adalah lebih wajar turut dipertimbangkan ialah faktor-faktor kebaikan awam, seperti keamanan dan keharmonian negara yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya. Malaysia adalah merupakan di antara negara contoh dunia yang berupaya dibangunkan dengan cemerlang walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum.
   Kenyataan akhbar Dato’ Adiwijaya menjelaskan penelitian juga perlu dirujuk kepada Perlembagaan negara khususnya Artikel 3 dan !! (Artikel 3 – agama rasmi bagi persekutuan Malaysia adalah Agama Islam, Artikel 11(3) – tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Artikel 11(5) – tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang mengenai ketenteraman awam.
   Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia amat menyokong usaha Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan demi keamanan negara dan demi kedaulatan Agama Islam. Dato’ Adiwijaya menyeru agar seluruh ahli silat yang ada di tanah air, khasnya ahli-ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia akan terus bersatu dalam menyokong usaha yang diambil oleh kerajaan.
   SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK

Tiada ulasan: