11.29.2010



CONTOH SIJIL GURULATIH YANG DI IKTIRAF
-->

11.28.2010

GAMBAR KURSUS GURULATIH PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 DI PORT DICKSON


Yang Berbahagia Dato Adiwijaya sendiri sebagai tenaga pengajar dalam silibus gurulatih ini.



















-->

10.10.2010

PERHIMPUNAN PERDANA GAYONG 2010

angan terlepas kuasa politik



NAJIB Tun Razak bersama sebahagian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia melaungkan 1Malaysia selepas menerima Anugerah Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi yang membawa gelaran Imam Khalifah Agong PSSGM Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Orang Melayu diingatkan bahawa kuasa politik yang diperoleh mereka menerusi pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah senjata paling tajam yang perlu dipertahankan supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air.
"Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita.
"Sebab itu, pesanan oleh pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Mohd. Hashim satu ketika dahulu adalah 'kalau ada dulang jangan biar ia terhempas, kalau ada kuasa jangan biar kuasa ini terlepas ke tangan orang lain.'
"Inilah asas kepada segala-galanya. Selagi ada kuasa, insya-Allah ada esok lagi untuk kita semua. Sebab itu, rapatlah barisan kita, masuklah dalam barisan dan teruskan perjuangan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gayong Perdana 2010 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri PSSGM yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli pertubuhan itu di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Penaung Agung PSSGM Kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua pertubuhan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah.
Dalam pada itu, Najib menggesa supaya segala nilai-nilai murni dalam amalan persilatan termasuk yang diterapkan oleh PSSGM dijadikan wadah dan pemangkin untuk mewujudkan bangsa Malaysia maju pada abad ke-21.
Menurut Perdana Menteri, perkara sama telah dibuat oleh masyarakat Jepun sebelum ini apabila menggunakan kod prinsip-prinsip moral pahlawan Samurai yang dikenali sebagai 'bushido' bagi mewujudkan bangsa yang berjaya.
"Abad ke-21 bukan abad yang mana kekuatan tentera merupakan kuasa yang dapat kekal selama-lamanya, sebaliknya kejayaan sesuatu tamadun ini adalah berdasarkan kepada kekuatan minda dan nilai.
"Kita juga tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atas semangat atau laungan semata-mata. Untuk maju, semua pihak termasuk pengamal seni silat perlu tahu hala tuju dan landasan perjuangan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, pengamal seni silat termasuk ahli-ahli PSSGM boleh dianggap sebagai barisan ketiga pertahanan yang sanggup berkorban dan menyumbang untuk mempertahankan kedaulatan negara jika diserang musuh.
Beliau menjelaskan, barisan pertama pertahanan negara adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala barisan kedua adalah Askar Wataniah.
"Hari ini apabila saya melihat anak-anak muda di hadapan saya ini, ia seolah-olah saya berhadapan dengan sebuah angkatan anak-anak Melayu yang sudi menghadapi apa juga yang mungkin mencabar kedaulatan negara," katanya.
Pada majlis itu, Najib dianugerahkan sandang tertinggi PSSGM yang membawa gelaran 'Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi', sekali gus menjadikan beliau sebagai 'Imam Khalifah Agung' kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.
Tokoh terakhir yang menerima anugerah itu sebelum ini ialah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Anugerah sandang itu tergolong di dalam susunan sandang kehormat PSSGM yang hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara atau negeri bagi melambangkan ketaatan ahli silat seni gayong kepada kepimpinan sedia ada.
Najib dalam ucapannya turut melahirkan perasaan terharu diberikan anugerah itu yang disifatkan sebagai penghormatan besar terhadap dirinya.

9.27.2010

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011



YANG DIPERTUA
DATO ADIWIJAYA BIN HJ ABDULLAH     

TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. MD ISA BIN MUSTAFFA     
 
NAIB YANG DIPERTUA I
EN. MOHD IZUAN BIN AZMI              

NAIB YANG DIPERTUA II
EN. KASSIM BIN AWANG            

SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN AHMAD                                  

BENDAHARI
EN HAJAZI BIN HANAPI                                    



      9.24.2010

      MESYUARAT AGUNG PSSGM NEGERI KEDAH 2010/2011 PADA 26/9/2010

      KEHADIRAN JAWATAN KUASA DAN GURU-GURULATIH PSSGM NEGERI KEDAH

      MESYUARAT DIJALANKAN DI HOTEL SERI MALAYSIA ALOR STAR
      UCAPAN YANG DI PERTUA PSSGM PUSAT DAN PSSGM NEGERI KEDAH DATO ADIWIJAYA
      PARA TETAMU BEGITU KHUSYUK MENDENGAR UCAPAN DARI DATO




      DATO BERSAMA GURULATIH PSSGM NEGERI KEDAH
      GURU-GURULATIH PSSGM NEGERI KEDAH MENDENGAR AMANAT DARI DATO
      NAIB YANG DIPERTUA I 

      9.22.2010

      PERHIMPUNAN GAYONG PERDANA 2010





      Warisan silat Gayong

      Oleh ISMA ISMAIL

      2010/09/25

      MUNGKIN tanpa seorang insan berjiwa kental iaitu Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Uda Mohd Hashim yang sanggup bersusah payah tentunya Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) tidak mungkin dapat bertapak sekali gus berkembang seperti mana keadaan pertubuhan itu ketika ini.

      Silat seni gayong adalah pertubuhan silat paling popular dan menjadi pemangkin kepada silat lain, selain memiliki cawangan PSSGM di seluruh negara, silat seni gayong juga diambil sebagai kurikulum di hampir semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

      Meor Abdul Rahman mewarisi ilmu silat seni gayong daripada datuknya, Syed Zainal Al-Attas ketika usianya baru menjangkau 12 tahun. Segala ilmu dan petua silat seni gayong diperturunkan satu persatu oleh datuknya itu yang sudah berusia lebih 100 tahun.

      Beliau mempelajari silat seni gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam di Taiping, Perak hingga menjadikannya sebati dalam ilmu persilatan berkenaan.

      Apabila menjangkau kepada usia dewasa, Meor Abdul Rahman mula mengembangkan ilmu persilatan berkenaan ke luar Perak iaitu apabila beliau berhijrah ke Pulau Sudong, Singapura.

      Sewaktu pemerintahan Jepun di Singapura pada 1943, Meor dikatakan pernah menewaskan sekumpulan tentera Jepun yang lengkap bersenjatakan pedang. Apabila Jepun tewas pada 1945, Meor mengembangkan silat seni gayong di Singapura sebelum kembali ke Taiping dan mengembangkannya pula di Kedah.
      Selepas kematian Meor di Ipoh pada 23 Jun 1991 ketika berusia 76 tahun, silat berkenaan terus berkembang dan diterajui waris mutlak silat seni gayong iaitu anak perempuannya, Siti Kalsom dan kini dipimpin pula oleh Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah, yang dilantik sejak November tahun lalu.

      Asalnya, ilmu persilatan berkenaan dibawa ke Tanah Melayu (Malaysia) oleh Daeng Kuning bersama-sama dengan enam saudaranya kemudiannya bermastautin dengan segala ilmu persilatan diturunkan kepada keturunannya.

      Ia semakin berkembang apabila Meor Abdul Rahman yang bertindak sebagai Mahaguru mengambil tujuh pemuda di Pulau Sudong iaitu Naning Mat, Ahmad Arshad Hassan, Sabtu Likur, Yusof Rantau, Osman Timpong, Mustapha Bengkok dan Bendol Benggol diperlimau sebagai murid Gayong pada sekitar 1942.

      Bermula dengan hanya seramai tujuh murid, Silat Seni Gayong terus berkembang sehingga ke pulau berhampiran seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau Damar.
      Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir 1949 apabila tujuh murid pertama yang menjalani upacara Perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan, Joned Hanim, Hosni Ahmad dan Salim.

      Sinwan, Joned dan Salim ketika itu adalah anggota Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi muridnya dengan menjadikan kawasan di Bakar Sampah di pulau besar Singapura sebagai pusat latihan Silat Seni Gayong dalam 1950.

      Pada 1954, kumpulan wanita pertama seramai tujuh orang pula menyertai Seni Silat Gayong di Singapura antaranya adalah Che Kalsom Kechik, Paridah Yusope dan Rafeah Fadal.

      Pada pertengahan 1950–an, ramai bintang filem Melayu mempelajari ilmu persilatan berkenaan antaranya ialah Jasni Ahmad, Neng Yatimah, Kasma Booty, P. Ramlee dan A. Rahim.

      Kemuncaknya adalah pada 1956, Datuk Onn Jaafar sendiri iaitu seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani turut menjadi murid ilmu persilatan berkenaan hingga kemudiannya beliau dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong.

      Pada awal 1957, satu rombongan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh Meor Abdul Rahman mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim Ibni Sultan Badlishah.

      Pertunjukan berkenaan disaksi oleh Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Syah dalam cubaan pertama untuk mengembangkan sayap ilmu persilatan itu di Kedah.

      Pada awal 1959, Meor Abdul Rahman mendaftarkan Sekolah Gayong Woodlands sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan sijil dan diploma kepada peserta yang lulus kursus yang dianjurkan.

      Tidak beberapa lama kemudian, Onn mengusulkan kepada Meor Abdul Rahman agar mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan. Syor Onn itu dipersetujui Meor Abdul Rahman.

      Bagaimanapun, permohonan untuk mendaftarkan Silat Seni Gayong itu berhadapan sedikit masalah hingga memaksa ia tertangguh beberapa kali, namun hasil usaha gigih Meor Abdul Rahman yang mahu mewujudkan satu pertubuhan silat yang mampu menghimpunkan orang Melayu akhirnya PSSGM berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963.

      Dengan tertubuhnya PSSGM secara rasmi itu, ia diperkemaskan struktur organisasinya dengan badan pentadbirannya dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus dalam mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih.

      YDP PSSGM, Adiwijaya berkata sehingga kini pertubuhan berkenaan terus menjadi wadah kepada orang Melayu yang bukan saja dalam memperkembangkan dan memelihara seni bela diri pusaka bangsa.

      Menurutnya, seperti yang menjadi asas perjuangan ketika penubuhannya PSSGM oleh Meor Abdul Rahman akan terus berperanan untuk menyatukan orang Melayu melalui seni silat.

      “Selain itu, pertubuhan ini juga akan terus memainkan peranan membantu kerajaan dalam menangani masalah gejala sosial yang melanda generasi muda ketika ini melalui aktiviti dijalankan.

      “Kita mahu melahirkan generasi baru yang berjiwa kental dan sentiasa menjaga peradaban orang Melayu agar bangsa kita dapat mengharungi cabaran dunia global pada masa sekarang,” katanya.

      Adiwijaya berkata, paling penting bagi pertubuhan ketika ini adalah mahu mewujudkan sebuah Wisma PSSGM yang bukan saja berperanan sebagai pusat pentadbiran kepada pertubuhan itu tetapi juga mahu dijadikan sebagai lokasi perhimpunan kepada pengamal seni silat.

      Selepas penubuhannya secara rasmi kira-kira 47 tahun lalu, PSSGM sekali lagi bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila akan menobatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Imam Khalifah Agung melalui penganugerahan Sandang Kebesaran, Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi.

      Penganugerahan itu akan berlangsung pada 2 Oktober ini sempena majlis Perdana Gayong dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

      Majlis berkenaan dijangkakan akan menghimpunkan lebih 3,000 ahli PSSGM juga dijangka dihadiri oleh Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Pesilat), Eddy Nalaprya dari Indonesia serta ahli gelanggang gayong luar negara antaranya dari United Kingdom, Syria, Tunisia, Singapura, Perancis dan Amerika Syarikat.

      Dengan penganugerahan itu, ia menjadikan Najib sebagai individu ketiga yang menerima pengiktirafan oleh pertubuhan silat berkenaan selepas Sultan Perak, Sultan Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa kepada Najib.

      Semangat juangnya terhadap bangsa dan negara serta daya kepemimpinan yang tinggi dimiliki Najib serta berketurunan Bugis sama seperti pengasas PSSGM, Datuk Meor Abdul Rahman Uda Mohd Hashim membuatkan Perdana Menteri dipilih sebulat suara oleh pertubuhan berkenaan mewarisi gelaran berprestij itu.

      Menurut Adiwijaya, lazimnya kriteria yang dipandang dalam memilih penyandang jawatan berkenaan mestilah individu berkenaan adalah tokoh yang berjiwa silat gayung dan mampu menjadikan silat itu gah di persada antarabangsa.

      Katanya, Najib dipilih kerana peranannya sebagai pemimpin Melayu yang mampu memperkasakan lagi pertubuhan berkenaan sekali gus bersama-sama pemimpin PSSGM mengangkat martabat orang Melayu sejajar dengan perjuangan asal pengasasnya sendiri.

      Pihaknya yakin Najib memenuhi kriteria yang diperlukan itu dan atas dasar berkenaan PSSGM sepakat menganugerahkan Seri Mahkota Agung Bintang Pelangi membawa gelaran Imam Khalifah Agung itu.

      “Pada majlis berkenaan, PSSGM juga menganugerahkan Seri Mahkota Agung Relang Pelangi yang membawa gelaran Timbalan Imam Khalifah Agung kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

      “Pemilihan Mohamad pula dibuat kerana sumbangannya sendiri kepada PSSGM dan beliau bukan orang baru dalam pertubuhan ini, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Mohamad diperlimau oleh Meor Abdul Rahman sendiri ketika berusia tujuh tahun,” katanya.

      Dalam pertubuhan itu, terdapat beberapa lagi gelaran sandang kebesaran bermula dari peringkat bawah iaitu Khalifah dan Srikandi Muda, diikuti Khalifah dan Srikandi, Khalifah Kanan, Ketua Beradat, Waris Beradat hinggalah ke Timbalan Imam Khalifah Agung dan Imam Khalifah Agung.

      9.19.2010

      PENGENALAN SILAT GAYONG

      Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia. Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan, badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan kebangsaan. Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya Sukan.Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan. Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa.Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Pertubuhan di peringkat kebangsaan telah memohon jasa baik Pesuruhjaya Sukan supaya hendaklah merujuk kepada badan kebangsaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang memohon untuk mendaftar dengan mengguna nama Gayong. Tujuannya ialah untuk mengelak lebih banyak badan silat mengguna nama Gayong. Contohnya Gayong Fatani, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Sundang, Gayong Ghaib, Gayong Ma’rifat dan sebagainya. Jumlah yang ada ini pun telah banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat umum, terutamanya dari aspek kesahihan, asal-usul dan pentadbiran.

      BIODATA DATO' MAHAGURU

      Mahaguru Silat Seni Gayong ialah allahyarham Dato' Paduka Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Beliau ialah seorang berketurunan Raja Bugis dan Arab daripada susur galur Al-Attas.
                Moyang beliau yang terkenal berhijrah ke Tanah Melayu ialah Tengku Daeng Kuning. Daeng Kuning merupakan seorang pahlawan terkenal yang digelar sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning dikatakan mewarisi ilmu kependekaran daripada nenek moyangnya seorang pendekar yang dikenali sebagai Pahlawan Gayong.
      Pahlawan Gayong ialah seorang pendekar terbilang yang menguasai ilmu persilatan secara zahir dan kebatinan. Beliau amat tersohor di kepulauan Melayu dan digeruni oleh lawannya. Ada sumber yang mengatakan bahawa Dato' Laksamana Hang Tuah adalah pewaris amanah ilmu Pahlawan Gayong. Seterusnya imu tersebut diturunkan kepada Dato' Meor Abdul Rahman sebagai waris zuriat Pahlawan Gayong.
      Daeng Kuning berhijrah dari Sulawesi ke Tanah Melayu selepas tahun 1800 Masehi. Penghijrahan tersebut ditemani oleh saudara mara beliau yang terdiri daripada Daeng Merewah, Daeng Celak, Daeng Parani, Daeng Pelangi, Daeng Mempawah dan Daeng Jalak. Mereka tujuh bersaudara belayar ke Tanah Melayu untuk membina penghidupan baru dan menyatupadukan pahlawan-pahlawan Melayu.
      Penghijrahan bangsa Bugis ke Tanah Melayu dipercayai bermula dari tahun 1667 Masehi apabila Makasar, Sulawesi jatuh ke tangan Belanda. Pahlawan Bugis yang terkenal di gugusan Melayu pada ketika itu ialah Daeng Rilaka dan lima orang putera beliau bernama Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi.
                Penghijrahan Daeng Kuning tujuh bersaudara ini berkemungkinan besar susulan daripada dasar campurtangan Kerajaan Belanda yang semakin berleluasa di Kepulauan Sulawesi. Ada sumber yang mengatakan bahawa Daeng Kuning adalah zuriat keturunan Daeng Merewah bin Daeng Rilaka. Dua buah rombongan ini sudah pasti terdiri daripada orang yang berlainan walaupun ada persamaan pada sesetengah nama. Ini berdasarkan perbezaan masa yang agak ketara. Walau bagaimanapun, kaitan kekeluargaan antara satu sama lain tidak dinafikan.
               Penghijrahan tujuh bersaudara tadi bukanlah bermaksud lari daripada medan peperangan , ia sebenarnya satu cara untuk menyusun strategi balas. Matlamat mereka ialah untuk mengumpulkan para pahlawan Melayu bagi menentang kuasa-kuasa asing yang menjajah negeri-negeri di Nusantara.
      Daeng Kuning dan saudaranya telah mempelopori gerakan gerila untuk melumpuhkan pentadbiran penjajah di negeri-negeri Melayu. Walaupun ramai pahlawan Bugis terlibat secara langsung dengan kancah politik negeri-negeri Melayu seperti di Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Temasik dan Kepulauan Riau, namun mereka tidak bersatu-padu. Malahan, ada di antara mereka yang menjadi askar upahan kuasa-kuasa asing dan berperang sesama sendiri.
      Oleh sebab itulah, ketika belayar di tengah lautan, Daeng Kuning telah mengingatkan kembali matlamat penghijrahan mereka. Pesanan tersebut disampaikan melalui bentuk pantun kepada saudara-mara beliau yang berbunyi;
      Pecah Gayong Di Dalam Dulang,
      Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh;
      Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
      Suatu Masa Dan Ketika Kembali Berteguh (berpadu)
      Dalam tahun 1813 Masehi, Daeng Kuning tujuh bersaudara telah mendarat di Kuala Larut, Perak sebelum pemerintahan Sultan Abdullah. Buat sementara waktu mereka bermastautin di suatu tempat yang mereka namakan sebagai Pengkalan Alur atau Relur Tujuh. Kini tempat tersebut dipanggil Kampung Ayer Kuning, terletak di Taiping, Perak.
                 Hanya Daeng Kuning menetap di Pengkalan Alur dan bertapa buat beberapa ketika di dalam sebuah gua di Bukit Larut. Manakala saudara Daeng Kuning yang lain bergerak menuju ke Pahang, Terengganu, Johor, Selangor, Melaka dan Kedah. Ada yang terus menetap di negeri singgahan mereka dan ada antaranya yang meneruskan perjalanan berikutnya ke Kepulauan Melayu lain.
      Daeng Kuning telah mendirikan rumahtangga dengan seorang puteri raja Patani. Perkahwinan tersebut menghasilkan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Che Ngah Tambah.

               Daeng Kuning digelar oleh penduduk tempatan sebagai Tok Hitam Dam. Gelaran tersebut cukup terkenal hinggakan sebatang jalan di Kampung Pokok Assam dinamakan Jalan Tok Hitam Dam. Daeng Kuning mangkat di Taiping, Perak dalam tahun 1875 Masehi. Makam beliau terletak di Kampung Tupai, berdekatan Jalan Pokok Assam di Taiping. Ia telah diwartakan sebagai bahan sejarah dan kini terletak di bawah jagaan Muzium Negara menurut Akta Bendapurba, 1976.
                 Anak tunggal Daeng Kuning, Che Ngah Tambah juga memiliki ilmu yang tinggi dan sifat kepemimpinan yang unggul. Beliau merupakan tokoh yang membuka Daerah Larut-Matang dan dilantik menjadi seorang Penghulu Besar bagi daerah tersebut.
      Atas kewibawaan beliau, Che Ngah Tambah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang daripada Orang Besar Enam Belas Negeri. Che Ngah Tambah menetap di kampung Ayer Kuning dan mempunyai empat orang isteri.
                 Che Ngah Tambah merupakan seorang pembesar yang pemurah dan amat disegani. Tanah-tanah dalam bidangkuasanya diagih-agihkan kepada penduduk tempatan atau sesiapa sahaja yang layak untuk diusahakan atau dibuat penempatan.
      Pemimpin-pemimpin Cina yang menjalankan aktiviti perlombongan di dalam daerahnya juga amat menghormati beliau. Anak Che Ngah Tambah yang bernama Alang Abdul Rahman telah dikahwinkan dengan salah seorang anak pemimpin Cina. Pemimpin Cina berkenaan menawarkan anak beliau sebagai tanda persahabatan dan hormat atas kepimpinan Che Ngah Tambah.
                  Hasil perkongsian hidup Che Ngah Tambah dengan salah seorang isteri beliau, Allah SWT telah mengurniakan lima orang cahayamata. Anak-anak mereka terdiri daripada Long Khadijah, Mariah, Uda Mohd Hashim, Aminah dan Mariam. Anak-anak Che Ngah Tambah dengan isteri-isteri yang lain setakat yang diketahui ialah Alang Abdul Rahman, Putih Mohd Salleh dan Sareah. Che Ngah Tambah telah dimakamkan di perkarangan Masjid Taiping (lama) dan nama beliau juga diabadikan pada sebatang jalan di Pokok Assam, Taiping.
                Uda Mohd Hashim merupakan ayahanda kepada Dato' Meor Abdul Rahman. Uda Mohd Hashim ialah seorang arkitek yang terkenal di Taiping. Beliau telah berkahwin dengan seorang janda cantik berketurunan Arab bernama Syarifah Aluyah binti Syed Zainal al-Attas. Syarifah Aluyah sebelum berkahwin dengan Uda Mohd Hashim telah mempunyai tiga orang anak bernama Alin, Puteh dan Hendun.
      Syed Zainal bin Syed Idris al-Attas berasal dari Pahang manakala isterinya ialah orang tempatan Parit, Perak. Syed Zainal pernah dilantik sebagai seorang penghulu di Pekan, Pahang. Beliau juga dikenali sebaga Dato' Jenal. Beliau ialah salah seorang pembesar Pahang yang menentang penjajahan British bersama-sama dengan Dato' Mat Kilau dan Dato' Bahaman.
              Sebaik sahaja Uda Mohd Hashim berkahwin dengan Syarifah Aluyah, mereka telah berpindah ke Lake Garden (Taman Tasek), Taiping. Uda Mohd Hashim dan Syarifah Aluyah telah dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Meor Abdul, Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa'diah.
              Selain menjalankan tugas seharian sebagai seorang arkitek, Uda Mohd Hashim juga adalah salah seorang Ahli Majlis Daerah Taiping. Kebanyakan rekabentuk rumah dan bangunan terutamanya di Kampung Pokok Assam dan bandar Taiping adalah hasil kreativiti beliau. Sebagai ahli Majlis Daerah, beliau berperanan merancang dan memajukan Daerah Taiping. Ini membuatkan beliau dikenali ramai dan dihormati.
      Latarbelakang keluarga yang begitu kuat dan berpengaruh sedikit sebanyak telah membentuk peribadi Meor Abdul Rahman sebagai seorang pahlawan dan pemimpin unggul seni silat abad ke-20.
                Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim dilahirkan pada 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Ketika lahir beliau dinamakan Meor Abdul Hamid.
                Sebelum dilahirkan, bonda beliau bermimpi didatangi satu lembaga yang mengkhabarkan anak dalam kandungannya akan menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Meor Abdul Rahman dilahir berkembarkan seekor cacing. Kembar beliau itu setelah dibersihkan disimpan di dalam sebuah tempurung kelapa jantan, kemudiannya dihanyut ke laut melalui Teluk Kertang, Matang, Perak. Menurut kata bondanya, kelahiran sedemikian adalah petanda awal bahawa Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar yang terbilang.
               Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Assam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah King Edwards VII, Taiping seterusnya di Government Trade School di Ipoh sehingga tahun 1935.
      Beliau menuntut ilmu persilatan dengan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas ketika berusia lebih kurang 12 tahun. Sejak kecil beliau sering mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari nendanya. Selama lebih kurang 2 tahun, Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap hari siang dan malam.
                 Tempoh latihan tersebut dikira terlalu lama berbanding rakan-rakan beliau yang khatam bersilat hanya menuntut beberapa bulan sahaja contohnya di Ijuk, Changkat Jering dan Batu Kurau. Ini mengakibatkan beliau sering diejek dan dipersenda umpama ' buah yang tidak masak' oleh rakan-rakan sebaya. Apabila persoalan demikian dikemuka oleh bondanya kepada Syed Zainal Al-Attas, jawapan yang diberi ialah cucunda beliau akan dikhatam oleh orang ghaib pada suatu masa dan di suatu tempat di sempadan Kedah dan Siam.
                Sejak di alam persekolahan menengah lagi Meor Abdul Rahman gemar keluar kampung untuk mencari pengalaman baru. Dalam tempoh masa antara tahun 1933 sehingga 1935, beliau sering berulang-alik ke Kedah menziarahi kanda iparnya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau hanya menunggang basikal ke Kedah atau ke mana sahaja beliau tuju. Hubungan beliau dengan kanda dan iparnya, Zainal Abidin amat erat. Ketika itu, kanda iparnya bertugas sebagai seorang Inspektor Polis di Balai Polis Kota Sarang Semut.
              Ketika di alam persekolahan, Meor Abdul Rahman mempunyai beberapa orang kawan rapat. Mereka ialah Bakar, Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail dan Aziz Khan. Mereka ini sering bersaing dan bergerak bersama-sama dalam kelompok seperti remaja lain dalam pertengahan dan lewat usia belasan tahun. Sejak dari sekolah menengah Meor Abdul Rahman sudah terkenal dengan kekuatannya. Beliau digelar "Rahman The Strong Man".
               Gelaran itu diberi atas kemampuan istimewa Meor Abdul Rahman. Beliau sering diminta oleh rakan-rakannya menunjukkan kehandalan mengangkat objek yang berat dan melakukan kebolehan di luar kebiasaan orang ramai. Setiap pengakuan yang beliau buat, mampu dibuktikan kepada rakan-rakannya. Ini menyebabkan kata-kata beliau dipercayai dan diberi gelaran sebagai orang gagah.
      Setelah tamat persekolahan pada tahun 1935, Meor Abdul Rahman mula menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang, Kedah. Pada masa itu, Zainal Abidin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang. ASP Zainal Abidin merupakan seorang pegawai polis yang tegas serta berani dan kuat berpegang kepada ajaran Islam. Meor Abdul Rahman sendiri amat menghormati dan segan kepada kanda iparnya itu.
                  Pada suatu pagi ketika berada di Kuala Nerang, beliau ternampak sebuah gelanggang silat. Setelah merisik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah Sudin, seorang berketurunan Minangkabau. Beliau bekerja sebagai seorang penjahit topi dan baju. Oleh kerana minat untuk terus mendalami ilmu persilatan, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melawat Sudin. Setelah berbincang, Sudin bersetuju menerima beliau sebagai murid dengan mengenakan bayaran pengeras permulaaan belajar sebanyak RM 1.70 dan khatam sebanyak RM 5.15 beserta seekor ayam.
               Malam keesokannya, Meor Abdul Rahman pun datang dan menyerahkan duit pengeras sebanyak RM 1.70. Beliau diarah oleh Sudin berlatih dengan murid-muridnya. Dalam latihan tersebut, Meor Abdul Rahman dicuba oleh tiga orang murid lama Sudin. Niat mereka untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman tidak kecapaian sama-sekali. Akhirnya, orang kanan Sudin bernama Ali mengadu kepada Sudin bahawa adik ipar OCPD itu bukanlah calang-calang orang. Setelah mendengar aduan Ali, Sudin berasa malu kerana muridnya bertiga gagal menewaskan Meor Abdul Rahman seorang. Lalu beliau menghampiri Meor Abdul Rahman dan menyapanya,"Kamu kalau nak belajar, buat cara nak belajar silat betul-betul!".Maka dijawabnya Meor Abdul Rahman,"Saya dah kata, saya ada juga belajar silat tapi tak khatam dari datuk saya, jadi tapak saya kalau dapat diatasi baharulah saya belajar ".Sampuk Sudin,"Jadi nak cubalah ye, hah cuba masuk !,"Balas Meor Abdul Rahman,"Guru saya kata tak boleh masuk, kenalah orang yang mencabar tu masuk".
      Kebetulan pada malam itu, ramai orang hadir menyaksikan latihan silat tersebut termasuk YM Tengku Nong, cucunda Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerang.
              Sudin yang berasa tercabar akibat ketewasan murid-murid harapannya semakin terpukul apabila terpaksa berhadapan sendiri dengan seorang budak belasan tahun. Oleh kerana perasaan marah dan ego telah menguasai akal maka Sudin dengan sepantas kudrat mengatur serangan. Segala tendangan dan sepakan Sudin dapat dielak dan ditangkis oleh Meor Abdul Rahman. Setelah dirasakan cukup peluang diberi kepada Sudin, kini tiba gilirannya pula untuk membuat serangan balas.
      Dalam keghairahan usaha Sudin untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman, tiba-tiba Sudin jatuh pengsan, puas dipulihkan sehingga memakan masa untuk sedar. Sebaik sahaja agak pulih, Sudin mengaku kehandalan Meor Abdul Rahman dan menghulurkan kembali duit pengeras yang diterima. Meor Abdul Rahman enggan menerima duit tersebut malah menghadiahkannya kepada Sudin.
               Di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman berpeluang memenuhi hobi berburu, beliau mempunyai kemahiran istimewa pasang jerat dan ajuk burung. Kemahiran ini diperolehi hasil pergaulan luas dengan berbagai lapisan masyarakat dan kegemaran meneroka sesuatu yang baru. Kedudukan Meor Abdul Rahman sebagai adik ipar Ketua Polis Daerah dan sifatnya yang peramah menyebabkan beliau dihormati dan dikenali ramai di daerah tersebut. Ini memudahkan beliau mendapat kerjasama dari penduduk tempatan jika berhajatkan sesuatu. Meor Abdul Rahman amat cekap berburu dan sering berkongsi hobi dengan Tengku Nong. Beliau sering menggunakan salah satu daripada enam laras senapang kepunyaan Tengku Nong.
      Di samping hobi berburu, beliau sejak usia awal belasan tahun sudah mengamalkan latihan angkat berat, bina badan dan bertinju. Oleh demikian, sejak daripada usia remaja beliau telah memiliki tubuh yang cantik dan tegap. Beliau juga istiqamah dalam melakukan senaman gerak badan dan pernafasan yang diajar oleh Syed Zainal. Latihan seumpama itu menambahkan kekuatan fizikal beliau di samping meningkatkan kecekapan bakat bersilat yang sedia ada.

                 Pada suatu hari dalam tahun 1936, Meor Abdul Rahman keluar bersiar-siar di Pekan Rabu, Kuala Nerang. Di sana beliau berkenalan dengan seorang perempuan tua beruban dan bertelinga labuh sepanjang 6 inci. Perempuan tua itu sedang menjual burung dan akar-akar kayu yang dibawa dari Mee Nam, Selatan Thailand. Perempuan tua itu memperkenalkan dirinya sebagai Tok Mek Jah dan menceritakan kehidupannya di Mee Nam. Meor Abdul Rahman begitu tertarik mendengar pengalaman Tok Mek Jah dan menyatakan hasrat untuk mengikutnya pulang ke Mee Nam.
      Pada mulanya Tok Mek Jah agak keberatan mengajak beliau kerana khuatir tempat tersebut tidak sesuai dengan Meor Abdul Rahman apatah lagi perjalanannya juga amat jauh. Setelah Meor Abdul Rahman mendesak dan menyatakan kesanggupan untuk mengharungi perjalanan yang jauh serta kesukaran mendapatkan makanan halal, maka Tok Mek Jah pun bersetuju membawanya bersama-sama.
                 Keesokannya, tanpa pengetahuan ASP Zainal, Meor Abdul Rahman mengambil sepucuk pistol kanda iparnya yang disimpan dalam sebuah almari. Beliau juga meminjam selaras senapang daripada Tengku Nong dan membawa bersamanya 30 biji peluru. Mereka bertolak menuju ke Mee Nam setelah Tok Mek Jah selesai membeli barang-barang keperluan untuk dibawa pulang ke kampungnya.
                 Dalam perjalanan tersebut, mereka singgah di Padang Sanai. Di Padang Sanai, beliau sempat menyaksikan pertandingan tinju Siam. Oleh kerana kesempitan wang, beliau menyatakan hasratnya kepada Tok Mek Jah untuk menyertai pertandingan tinju bagi mendapatkan sedikit wang saku. Walaupun Tok Mek Jah menasihatinya supaya tidak bertanding, namun desakan keadaan telah memaksa Meor Abdul Rahman meneruskan hajat tersebut. Beliau dengan berani masuk ke gelanggang Tinju Siam tersebut tanpa memikirkan risiko yang akan ditempuhinya. Dalam pertandingan itu, beliau telah memenangi setiap pertandingan yang dijalankan secara kalah mati. Lawan?lawannya tersungkur akibat dibelasah dengan teruk sehingga separuh mati. Ini telah mengakibatkan rasa kurang senang jaguh-jaguh Siam yang hadir, lebih-lebih lagi menyaksikan rakan-rakan mereka tumbang dengan seorang asing. Melihatkan keadaan yang semakin membimbangkan dan ada ura-ura perbuatan khianat dirancang terhadap Meor Abdul Rahman, Tok Mek Jah terpaksa menarik keluar Meor Abdul Rahman dari gelanggang tersebut dan menasihatinya agar beredar dengan seberapa segera sebelum perkara buruk terjadi.
                 Mereka dengan segera meneruskan perjalanan sehingga tiba di rumah Tok Choh di Padang Terap. Meor Abdul Rahman memaklumkan hasratnya untuk ke Mee Nam kepada Tok Choh. Tok Choh menjelaskan bahawa perjalanan ke sana memakan masa selama 4 hari dan apa saja yang dijumpa akan menjadi makanan untuk mengalas perut. Meor Abdul Rahman sekali lagi menjelaskan bahawa beliau bersedia mengharungi perjalanan yang jauh dan boleh menembak untuk mendapatkan makanan halal. Penjelasan Meor Abdul Rahman itu memuaskan hati Tok Choh. Keesokannya mereka bertiga bertolak sambil ditemani oleh seorang guru agama bernama Haji Taib.
               Dalam perjalanan itu mereka berhenti di Kuah. Di kampung tersebut tidak kedapatan seorang pun bangsa Melayu. Kesemua penduduknya ialah Siam. Mereka menumpang rehat di rumah Lee Chon, Tok Batin di situ. Semasa tinggal di Kuah, Meor Abdul Rahman telah dijadikan sebagai anak angkat Lee Chon.

                 Semasa di Kuah juga, Meor Abdul Rahman dicabar oleh pendekar?pendekar Tinju Siam untuk bertanding. Bagaimanapun, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, beliau terpaksa menunjukkan kekuatannya mematahkan duit syiling dengan hanya menggunakan tiga jari sahaja, sebahagian duit syiling yang telah dipatahkan itu dihadiahkan kepada pencabarnya sebagai tanda persahabatan. Kebolehan istimewa Meor Abdul Rahman itu dengan secara spontan menundukkan para pencabar dan menyebabkan mereka mengaku kalah sebelum bertarung.
      Setelah dua malam di rumah Lee Chon, mereka pun meneruskan perjalanan ke Mee Nam. Rumah penduduk Mee Nam berdindingkan kulit. Mereka yang berada berdindingkan kulit rusa manakala yang miskin berdindingkan kulit kayu. Meor Abdul Rahman menetap di rumah Tok Mek Jah yang dindingnya diperbuat daripada kulit rusa.
                 Selepas tiga hari di rumah Tok Mek Jah, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mandi bagi menyegarkan tubuhnya. Tok Mek Jah berpesan agar beliau berjalan ikut anak sungai sehingga melepasi rumah penduduk kampung tersebut.
               Setelah puas mandi, beliau terlelap di atas sebuah batu hampar yang besar berwarna hitam di tebing sebatang sungai. Dalam lelap, beliau telah bermimpi didatangi seorang tua berjubah putih. Apabila orang tua berjubah putih menghampirinya secara tiba?tiba ia menjelma sebagai seorang pemuda berbadan tegap dan sasa yang segak lagi tampan lengkap berpakaian hulubalang Melayu serta berkeris seperti zaman dahulu kala. Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Hang Tuah lalu mencurahkan segala rahsia ilmu Seni Gayong kepada beliau dan akhirnya berkata,"Akulah Hulubalang Melaka yang tinggal di sini. Sekarang aku khatamkan kamu dan baliklah ke negeri Perak mengadap raja kamu sepertimana aku berkhidmat dengan Sultan Melaka. Kamu sekarang orang yang paling gagah selagi kamu mematuhi syarat dan berpegang kepada janji "Lembaga itu meneruskan kata?kata," Ngangakan mulut kamu ", lalu diludahkan ke dalam mulut Meor Abdul Rahman.
               Pada saat dan ketika inilah, Meor Abdul Rahman diamanahkan untuk mengajar Silat Seni Gayong kepada semua insan yang beragama Islam berdasarkan syarat?syarat dan adat?adat yang tertentu mengikut masa?masa yang tertentu. Batu hitam tempat beliau berbaring itu dipercayai tempat allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah pernah berpijak. Batu Hitam inilah yang dirujukkan oleh Panglima Hitam atau Tengku Daeng Kuning apabila beliau berseru,"Batu Hitam Tidak Berjodoh, Batu Hitam Tidak Bergadoh, Anak? anakku yang ingin belajar Gayong, Hendaklah berpakaian serba hitam ."Meor Abdul Rahman tertidur sehingga keesokan harinya. Setelah tersedar daripada tidur, beliau merasakan dirinya diresapi oleh kegagahan yang luar biasa. Perkara tersebut segera dimaklum kepada Pak Choh dan Tok Mek Jah. Meor Abdul Rahman dengan segera memohon keizinan keluarga angkatnya itu untuk berangkat pulang ke Taiping.
                  Setibanya di Taiping, Mahaguru Meor Abdul Rahman menceritakan detik pengalaman tersebut kepada ahli keluarganya. Atas nasihat Syed Zainal, Mahaguru pergi mengadap Paduka Seri Sultan Alang Iskandar yang sedang bersemayam di Manong, Perak. Beliau dititah untuk menunjukkan kekuatan di hadapan baginda sultan. Pada sebelah malamnya, beliau dititahkan pula mempamerkan kebolehan luarbiasanya di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Setelah berpuashati dengan kegagahan Mahaguru, baginda sultan menggelarkan beliau 'Rahman Sendo' dan dijadikan anak angkat baginda. Mahaguru menetap bersama-sama Sultan Alang Iskandar di istana sehinggalah baginda mangkat dalam tahun 1938.
      Silat Seni Gayong buat pertama kalinya diperkenalkan ialah di Taiping, Perak. Mahaguru menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah di kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat.
               Tidak berapa lama setelah keluar dari Istana, mahaguru dijodohkan dengan Che Kalsom Bt Haji Kechik, anak angkat kandanya Hendon. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Kota Sarang Semut, Kedah.
               Tidak lama selepas berkahwin, Mahaguru dengan ditemani seorang sepupunya, Zainal Abidin bin Putih Mohammed Saleh (Bidin) bermusafir ke Singapura untuk mencari rezeki di sana. Pekerjaan pertama Mahaguru di Singapura ialah di Naval Base sebagai seorang tukang pateri. Setelah 6 bulan bekerja di sana, beliau ditawar pekerjaan oleh Pengarah Pendidikan Singapura berkhidmat dengan pasukan tentera British di bahagian Royal Signal Corps.
                 Setelah beliau berjaya menewaskan seorang jurulatih tempur berbangsa Hong Kong di Gillman Barrack, Mejar Malburn melantik beliau sebagai jurulatih tempur tanpa senjata dalam pasukan tentera British. Ini merupakan satu penghormatan besar kerana belum ada seorang Melayu pun diberi tugas tersebut sebelum itu. Beliau berkhidmat dalam pasukan ini sehingga tahun 1942.
                 Semasa berkhidmat di Bahagian Signal Corps, pada bulan November 1941, beliau melangsungkan perkahwinan kedua dengan anak sepupunya, Paridah bt Yusope.
                 Apabila Jepun menyerang Singapura pada bulan Februari 1942. Mahaguru membawa keluarganya berperahu menyeberangi lautan api ke Pulau Sudong. Setelah berjaya menewaskan Wak Kusang, pendekar Pulau Sudong baharulah mereka diterima berlindung buat sementara waktu di sana.
              Pada 17 haribulan Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong. Mereka ialah Naning bin Ahmad, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin Benggol. Mereka terpilih untuk menghadapi kemaraan tentera Jepun yang ingin merampas gadis Pulau Sudong untuk dijadikan pemuas nafsu ganas mereka. Atas kebijaksanaan Mahaguru, penduduk Pulau Sudong terselamat dari keganasan tentera Jepun.
              Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Mahaguru pernah ditangkap kerana mencederakan sekumpulan tentera Jepun yang cuba memperkosa isteri pertamanya. Beliau kemudiannya dibebaskan setelah lebih sebulan dipenjara apabila sekumpulan pegawai penjara Jepun berjaya ditewaskannya dalam satu pergaduhan. Atas nasihat seorang jurubahasa Jepun, Mahaguru telah dibebaskan. Bagi menjamin keselamatan keluarga dan penduduk kampungnya, beliau terpaksa menerima tawaran bekerja sebagai seorang tentera Jepun. Tidak berapa lama kemudian, beliau berkahwin dengan Syarifah Rehan bt Syed Chik. Perkahwinan tersebut hanya berkekalan selama sebulan sahaja sebagai memenuhi hajat keluarga semata-mata.
              Setelah dua tahun berkhidmat dengan pentadbiran Jepun, Mahaguru kembali ke Pulau Sudong. Tidak berapa lama berada di Pulau Sudong, beliau dilantik menjadi penghulu oleh penduduk Pulau Sudong. Apabila British mengambilalih semula pemerintahan Singapura, Mahaguru dilantik secara rasmi sebagai Penghulu Besar Pulau Sudong dan kepulauan sekitarnya.
                Pulau Sudong dijadikan pusat perkembangan Silat Seni Gayong sehingga ia merebak ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau Damar. Mahaguru juga telah menggunakan Silat Seni Gayong untuk menyelamatkan penduduk Pulau Terung daripada ancaman lanun di perairan pulau tersebut. Dari pulau ini, Silat Seni Gayong tersebar ke lain-lain pulau di Indonesia.
      Dalam tahun 1947, Kerajaan British menawarkannya jawatan sebagai pegawai di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. Mahaguru ditugaskan untuk mengawasi dan menangkap pemimpin politik Melayu yang meniupkan semangat anti-British. Peluang ini diambil oleh beliau untuk menyalur maklumat sulit kepada pejuang-pejuang kemerdekaan seperti (Tun) Sardon bin Jubir, peguam dan tokoh politik terkenal di Singapura.
               Setelah empat bulan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Mahaguru memohon bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah. Pada mulanya beliau ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan penipuan. Kemudiannya beliau ditukarkan pula ke Bahagian Kepolisian di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat sarjan. Pada 23 haribulan Disember 1947, Mahaguru dianugerahkan pingat King George IV atas sifat keberanian semasa berbakti kepada masyarakat dan kerajaan Singapura.
                  Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid pertama yang menjalani upacara perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor bin Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan, Joned bin Hanim, Hosni bin Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned bin Hanim dan Salim merupakan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Silat Seni Gayong dalam tahun 1950-an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah.
      Dalam tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Silat Seni Gayong di Singapura. Mereka ialah Che Kalsom bte Haji Kechik, Paridah bte Yusope, Asmah (isteri Joned bin Hanim), Aisyah (isteri Mansor Fadal), Rafeah bin Fadal, Hendon dan Intan.
                Pada pertengahan tahun 1950-an, ramai bintang filem Melayu mempelajari Silat Seni Gayong. Antaranya ialah Jasni bin Ahmad, Neng Yatimah, Kasma Booty, dan A. Rahim. Penglibatan tokoh pelakon yang terkenal tersebut sedikit sebanyak membawa pengaruh Silat Seni Gayong di dalam aksi pertarungan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
                Kemuncaknya dalam tahun 1956, Dato' Onn bin Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi murid Gayong. Beliau dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong. Dato' Onn banyak memberi idea dan sumbangan untuk menggerakkan Silat Seni Gayong dan meniupkan semangat patriotik di kalangan murid Gayong. Usaha beliau itu diberi sokongan kuat oleh isterinya, Datin Zainab dan anggota keluarganya yang lain termasuklah anaknya bernama Nasir dan Hussein. Husein kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua.
                 Tidak lama kemudian, YAM Tengku Laksamana Kedah Tunku Kassim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah menyertai Silat Seni Gayong. Pada akhir tahun 1956, satu rombangan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh mahaguru telah mengadakan persembahan di Istana Anak Bukit dan Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Tunku Kassim. Pertunjukan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimsyah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni Gayong di Kedah.
      Penglibatan Tunku Kassim dalam Silat Seni Gayong menjadi ikutan di kalangan kerabat Di-raja Kedah. Bagaimanapun, Silat Seni Gayong gagal berkembang di kalangan rakyat jelata memandangkan jurang taraf yang amat ketara pada ketika itu.
                 Pada awal tahun 1959, sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute Of Gayong Woodlands telah ditubuh oleh mahaguru. Akademi ini mengeluarkan Sijil dan Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Antara tenaga pengajar di peringkat awal yang membantu mahaguru ialah Cikgu Nordin bin Abdul Rahman, Cikgu Sidek bin Shamsuddin, Cikgu Abdul Majid bin Omar, Cikgu Atan bin Osman dan Cikgu Ramli. Akademi ini juga dijadikan sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong.
      Mahaguru bersara daripada perkhidmatan kerajaan dalam tahun 1961 untuk bergiat cergas mengembangkan Silat Seni Gayong.
                 Setelah mahaguru memikirkan bahawa beliau memerlukan seorang pembantu dalam mentadbir urusan kegurulatihan dan pelajaran Silat Seni Gayong, maka dalam tahun 1962, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa dilantik sebagai Guru Tertinggi Silat Seni Gayong merangkap Timbalan Pengarah Guru-guru di Malaysia dan Serantau.

      Tidak lama kemudian, Pusat Latihan Tertinggi dipindahkan dari Woodlands ke Kota Sarang Semut, Kedah.
                  Atas nasihat dan komitmen YM ( Dato' ) Syed Ahmad bin Syed Idris Jamalulail dan YB ( Dato' ) Senu bin Abdul Rahman, mahaguru mula didekati pemimpin negara dan perjuangan Silat Seni Gayong telah dilihat sebagai satu mekanisme yang boleh menyatupadukan bangsa Melayu dan orang-orang Islam.
      Silat Seni Gayong mula tersebar luas di Semenanjung Tanah Melayu atas daya usaha guru-guru Gayong yang pada ketika itu terdiri daripada Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa, Cikgu Ramli bin Mat Arof, Cikgu Awang bin Daud, Cikgu Ismail bin Chik, Cikgu Ibrahim bin Abdullah, Cikgu Mohd Khir bin Saad, Cikgu Mohd Desa Lim, Cikgu Ahmad Lazim dan Cikgu Siti Kalsom.
                 Pada tanggal 31 haribulan Ogos 1967, Gayong dijemput menyertai perarakan sempena menyambut ulangtahun ke-10 kemerdekaan tanahair. Ini menandakan satu pengiktirafan pemimpin negara terhadap perjuangan dan usaha mahaguru untuk memartabatkan seni silat Melayu.
               Pada akhir tahun 1969, Mahaguru mula menetap di Air Kuning, Taiping. Seterusnya dalam masa ini juga, sistem tingkatan bengkong dan pelajaran Silat Seni Gayong secara lebih sistematik telah disusun oleh beliau dengan dibantu oleh guru-guru kanan. Tahap pelajaran telah disusun mengikut tingkatan bengkong yang dikategorikan mengikut warna. Sebelumnya hanya terdapat beberapa warna bengkong sahaja iaitu merah, kuning dan hitam.
               Dalam tahun 1970, Mahaguru mengikuti rombongan kebudayaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Malaysia selama dua minggu ke Osaka, Jepun. Lawatan tersebut sedikit sebanyak telah berjaya memperkenalkan Silat Seni Gayong di peringkat dunia.
                Pada 27 haribulan Januari 1971, Pusat latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Syah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar di Air Kuning, Taiping.
      Kemuncaknya, pada 3 haribulan Julai 1971, Sultan Idris Syah berkenan untuk menjalani istiadat perlimau tapak dan menerima perlantikan baginda sebagai Penaung Agong Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau bergelar Sang Sa Purba. Istiadat tersebut disempurnakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
                  Pada 17 haribulan September 1971, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Chura Si Manja Kini yang membawa gelaran Dato' Paduka oleh KDYMM Sultan Idris Syah atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai kepada agama, bangsa dan negara. Pada sebelah petangnya murid-murid Gayong seluruh Malaysia telah menyambut perayaan Hari Sang Sa Purba yang pertama. Sambutan ini disempurnakan di Padang Sekolah Kebangsaan Changkat Larut, Ayer Kuning, Taiping. Kemasukan baginda Sultan Idris ke dalam Silat Seni Gayong telah disertai sama Raja Perempuan dan isteri-isteri baginda juga anggota kerabat yang lain.
                 Pada tanggal 21 haribulan Julai 1971, Dato' Mahaguru ditemani Syed Ahmad Jamalulail dan Syed Jaafar Albar berangkat ke London untuk membawa pulang YAM Raja Kechil Bongsu Raja Izzuddin Syah ibni Sultan Idris Syah ke tanahair.
      Semasa singgah di Hong Kong dalam perjalanan pulang ke Malaysia, mereka telah ditemui Bruce Lee, pakar seni beladiri terkenal. Dalam pertemuan singkat itu, Dato' Mahaguru sempat bertukar fikiran dan maklumat tentang seni beladiri Melayu dan Cina dengan Bruce Lee. Bruce Lee juga telah mengakui kehandalan Dato' Mahaguru dan kehebatan Silat Seni Gayong.
               Tahun 1970-an menyaksikan usaha penyatuan pemimpin tertinggi Melayu dan kerajaan melalui Silat Seni Gayong diusahakan oleh Dato' Mahaguru. Raja-raja dan para pembesar Melayu juga berkenan untuk menaungi pergerakan Silat Seni Gayong hampir di seluruh negeri Tanah Melayu. Pada satu ketika hampir 2/3 anggota kabinet negara Malaysia terdiri daripada ahli Gayong di bawah pimpinan Tun Abdul Razak.
      Sehingga akhir tahun 1980-an, tidak kurang juga tokoh dan pakar senibela asing datang melawat Dato' Mahaguru di Pusat Latihan Tertinggi dengan tujuan berkenalan, menuntut atau menguji kehandalan masing-masing. Semua cubaan dan dugaan tersebut berjaya diatasi dengan baik dan berkesan. Tidak kurang juga daripada pelawat tersebut yang memeluk ajaran Islam setelah berpeluang bertemu dan berbincang dengan Dato' Mahaguru.
                 Pada saat-saat akhir hayat beliau, Dato' Mahaguru sering berpesan agar murid-murid Gayong kembali bercantum dan bersatu-padu. Muda-mudi diseru menuntut bersungguh-sungguh ilmu yang telah diperturunkan kerana ia amat berguna pada suatu masa nanti. Semua murid Gayong ialah pemegang amanah Silat Seni Gayong dan bertanggungjawab memelihara dan menjaga segala amanah beliau.
                  Pada tanggal 23 haribulan Jun 1991, Dato' Mahaguru telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Ipoh Specialist Centre, Jalan Lumba Kuda, Perak. Semoga Allah menempatkan Pendita Agung Silat Melayu Abad ke-20 di kalangan hamba-Nya yang soleh dan dirahmati. Al-Fatihah

      8.10.2010