7.19.2010

Senarai Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM 2009-2011

Yang DiPertua : Dato' Adiwijaya Bin Abdullah

Timb. Yang Di Pertua I : Dato' Ismail Bin Haji Jantan


Timb. Yang Di Pertua II : Cikgu Sazali Dato' Meor Abd. Rahman


Naib Yang Di Pertua I : Datin Hajjah Feridah Binti Johan


Naib Yang Di Pertua II : Tuan Haji Anuar Bin Abd Hamid


Naib Yang Di Pertua III : Cikgu Mohamed Faid Bin Haji Musa


Setiausaha : Cikgu Suleh Bin Udin


Penolong Setiausaha : Tn. Haji Lamsah


Bendahari : En. Amy Zahri


Penolong Bendahari : Cikgu Sharizal Dato' Maizan


Ahli Jawatankuasa :


1. Dato' Yaakop Haji Said

2. En. Shahzuanni Abu Bakar
3. Cikgu Rasol Haji Abdul Ghani
4. Puan Mas Sharifah Mismat
5. Tuan Haji Sani Morni
6. Cikgu Mohamad Nor Abdul Samad
7. Cikgu Abdul Rahim Masrom
8. Cikgu Kahar Reza
9. En. Mohd Isa Mustaffa
10. En. Muhd. Khawar Hezazy Uthman
11. Puan Mariam Bujang
12. Cikgu Mustapa Kamal Sharif
13. En. Meor Badrul Hisyam
14. En. Nik Azman Nik Pa
15. En. Rosni Mohd Daud


Juruaudit : En. Hamzah Tajudin

7.17.2010

Dato Adiwijaya

Mks 6  Satu perjalanan yang sukar dilupai oleh Guru Adiwijaya dalam Gayong Malaysia apabila beliau berjaya Pecah 168 genting dalam masa enam saat depan Sultan Perak.
Dato Adiwijaya bin Hj Abdullah
Yang Dipertua PSSGM Pusat
Yang Di Pertua PSSGM Kedah

PENUBUHAN MAJLIS GURULATIH KEBANGSAAN



   Majlis Gurulatih Kebangsaan telah ditubuhkan di mesyuarat khas yang diadakan pada 29 Julai – 1 Ogos 2009. Mesyuarat telah diwakili oleh wakil-wakil Majlis Gurulatih Negeri. Antara ketetapan yang dibuat di mesyuarat tersebut ialah:


• Susunan dan nama Buah Tapak Kunci Mati dan Kombat (Serangan Maut) diterima pakai oleh semua wakil negeri.

• Oleh kerana gerakan Pukulan Maut adalah dikenalpasti sebagai silibus pelajaran Silat Seni Pusaka Gayong maka gerakan ini tidak dijadikan pelajaran Gayong Malaysia

• Bengkel bagi menyeragamkan pergerakan Buah Tapak Kunci Mati dan Kombat peringkat kebangsaan akan dianjurkan pada penghujung tahun ini. Melaka bersetuju untuk menjadi pengelola kepada bengkel ini

• Dicadangkan penyeragaman Seni Bunga Teratai dan Bunga Tanjung dibuat bersama dalam bengkel tersebut jika ianya bersesuaian.

• Mesyuarat MGK disarankan agar kerap diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang tertangguh secara berperingkat. Penganjuran mesyuarat ini adalah tertakluk kepada keadaan kewangan Pertubuhan.

• Setiap negeri diminta untuk mewujudkan Majlis Gurulatih masing-masing. Senarai majlis hendaklah diserahkan kepada Ibu Pejabat untuk tujuan rekod dan dimaklumkan kepada umum melalui laman web.

• Struktur pengurusan Majlis Gurulatih Kebangsaan dipersetujui seperti berikut:
Pengerusi :               YBhg.Dato Adiwijaya Hj Abdullah
Timbalan Pengerusi  :  Encik Kahar Reza 
Naib Pengerusi :  YBhg. Dato’ Ismail Jantan 
Setiausaha :  Encik Suleh Sudin 
Pen Setiausaha :  Encik Syarizal Maizan 
Ahli-ahli :  Semua Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri 









Sarang Tebuan Jangan Di Jolok

a



YBhg Dato’ Adiwijaya Haji Abdullah telah mengadakan kenyataan akhbar bagi pihak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia berhubung dengan isu kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh agama lain yang bukan Islam, pada 4 Januari 2010. Katanya perkara yang disentuh ini adalah suatu perkara yang boleh menggugat keamanan negara, maka seharusnya keputusan yang dibuat hendaklah lebih bijak. Faktor kebenaran sahaja tidak memadai untuk dijadikan landasan membuat keputusan, tetapi adalah lebih wajar turut dipertimbangkan ialah faktor-faktor kebaikan awam, seperti keamanan dan keharmonian negara yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya. Malaysia adalah merupakan di antara negara contoh dunia yang berupaya dibangunkan dengan cemerlang walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum.
   Kenyataan akhbar Dato’ Adiwijaya menjelaskan penelitian juga perlu dirujuk kepada Perlembagaan negara khususnya Artikel 3 dan !! (Artikel 3 – agama rasmi bagi persekutuan Malaysia adalah Agama Islam, Artikel 11(3) – tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Artikel 11(5) – tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang mengenai ketenteraman awam.
   Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia amat menyokong usaha Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan demi keamanan negara dan demi kedaulatan Agama Islam. Dato’ Adiwijaya menyeru agar seluruh ahli silat yang ada di tanah air, khasnya ahli-ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia akan terus bersatu dalam menyokong usaha yang diambil oleh kerajaan.
   SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK

7.16.2010

Pertahankan Bangsa Melayu

 

Berhemah Dalam Menegur
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya...). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Panduan :
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,

‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,

mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,
maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan
kesalahan.

Bangga :
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Istiadat Penganugerahan Sandang Kebesaran Gayong Di Perak

video
Sirih Pulang Kegagang....kembalikan martabat Gayong

7.15.2010

HURAIAN LAMBANG DAN SIJIL ADAT

HURAIAN LAMBANG DAN SIJIL ADAT

Logo atau Lambang Silat Seni Gayong telah diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za'ba di Singapura. 
Setiap organisasi mempunyai lambang, moto dan  warna rasmi di samping objektif tertentu yang menghuraikan falsafah, wawasan dan identiti melalui penampilan secara simbolik. Penampilan sedemikian menjadi simbol dan imej atau ‘trademark’ yang berfungsi menonjolkan keunikan sesuatu organisasi di mata umum.
Silat Seni Gayong juga mempunyai lambang, moto dan warna rasmi tertentu yang menjadi simbolik dan inspirasi perjuangan.
 Pengenalan ini diilham dan dihurai sendiri oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman agar menjadi pedoman dan renungan kepada pewaris generasi Silat Seni Gayong selama-lamanya. 

LAMBANG

Silat Seni Gayong mempunyai berapa corak lambang yang dipamer pada kepala surat, dokumen rasmi, lencana dan sijil.
  1. Naga - Melambangkan kekuatan di air. Logo naga sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalan beliau semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan Allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia. 
  2. Harimau - Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Satu penonjolan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas daripada sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, dikala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.
  3. Keris bersilang - Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato’ Hang Tuah dan Dato’ Hang Jebat, 2 orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.
  4. Pedang bermata dua - Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci daripada al-Qur’an bermaksud ‘Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir’ disepanjang mata pedang tersebut. Pedang ini dizahirkan bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah.
  5. Bumi - Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.
  6. Bulan dan Bintang - Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.
  7. Selempang Hitam Chula VII - Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Bengkong Pelangi Hitam juga bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng.
  8. Kendi / Bejana air - Simbolik kepada universataliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain sama ada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Bejana air juga melambangkan kesatuan hati dan amal. Bak kata pepatah Melayu, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat’. Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.
 SIJIL ADAT 
  1. Pengertian bagi lambang dalam lencana sama seperti di atas. 
  2. Kalimah Syahadah - Mengisytiharkan aqidah murid Gayong yang berpegang kepada kalimah tauhid, iaitu pengEsaan Allah SWT. dan menjauhi syirik. Lingkungan kalimah syahadah yang mengelilingi bumi menunjukkan bahawa ajaran Islam akan disebar ke seluruh pelusuk dunia bersama-sama dengan perkembangan Silat Seni Gayong. Kalimah “Ya Hayyu, Ya Qayyum” selepas kalimah syahadah melambangkan agama dan kekuatan Islam adalah kekal abadi dan akhirnya menakluki dunia keseluruhannya. 
  3. Tongkat - Simbolik tongkat hikmat Al-marhum Nabi Musa a.s. yang diguna untuk mengeluarkan air dari batu dan membelah laut merah.
  4. Kangkung - Menyingkap sejarah kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah yang menggunakan helah bagi melihat wajah Maharaja China.
MOTO
 
Kata Bersahut Gayong Bersambut 
Moto yang menyingkap hampir keseluruhan konsep seni beladiri dan kata-kata hikmat dalam Silat Seni Gayong. Sekiranya musuh bersilat menggunakan kata-kata maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. 
 
Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong.
 
Murid Gayong tidak mencari musuh tetapi jika berhadapan dengan serangan musuh, pantang berundur walau selangkah. Bak kata pepatah Melayu ‘membujur lalu melintang patah’, ‘Daka daki Ku daki juga’, ‘patah sayap bertongkat paruh’, ‘berpantang ajal sebelum maut’. Inilah juga antara kata-kata hikmat Silat Seni Gayong.
 
Dalam ajaran Islam, kepetahan berhujah serta kebijaksanaan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan. Meskipun dakwah secara diplomasi menjadi asas utama namun seni beladiri amat dititikberatkan. 
 
Rasulullah S.A.W. menyuruh  ajar  memanah, berenang dan menunggang kuda kepada anak-anak orang Islam sebagai latihan peperangan.  Allah SWT sendiri membenarkan  tindak balas yang sewajarnya diambil terhadap musuh yang berlaku zalim ke atas umat Islam, bahkan jihad merupakan salah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim.

SLOGAN GAYONG
 
SeGayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging dan sepadu.  
 Sembilan “se” ini melambangkan kekuatan ukhuwwah dan kerjasama sesama seGayong, apa jua keturunan seseorang itu sama ada Melayu, Bugis, Acheh, Banjar, Jawa atau Palembang adalah daripada rumpun yang sama mendiami gugusan kepulauan Melayu.
 Diibaratkan keris, kalau diteliti akan tampak jelas perbezaan kualiti buatannya sama ada daripada segi bentuk ukiran hulunya atau jumlah lok, namun mata keris tetap sama tiada beza antara satu sama lain.

BENDERA

Bendera ini dikibar dalam mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Silat Seni Gayong. Bendera melambangkan kedaulatan organisasi Silat Seni Gayong.

Kenali Cikgu Sazali

CIKGU SAZALI BIN SALLEH @ DATO' MEOR ABD RAHMAN @ CIKGU LI 
Bengkung : Pelangi Merah, Pelangi Kuning Chula IV, Pelangi Hitam Chula III
Sandang : Sandang Singa Malaya
Sijil Kelayakan : Sijil Gurulatih, Silat Seni Gayong
Kronologi Cikgu Sazali :
1970 : Sah menjadi murid Gayong.
2000-2008 : AJK PSSGM Perak (Pentadbiran, Majlis Gurulatih & Lembaga Beradat)
2000-2010 : Pengerusi Majlis Gurulatih Larut Matang & Selama
2000-2007 : Timb. Pengerusi Majlis Lembaga Beradat Perak
2000-2008 : AJK PSSGM Kebangsaan
2005-2007 : AJK Lembaga Beradat & Majlis Gurulatih Kebangsaan
2004-2008 : Pengurus & Jurulatih Silat Olahraga & Silat Seni Sekolah-sekolah Daerah Larut Matang & Selama, Remaja Negeri Perak dan Sukan Perak serta Penasihat kepada Skuad Silat Negeri Perak.
2008-2010 : Naib Yg Di Pertua 1 PSSGM Negeri Perak.

2009: Pemegang Waris Amanah PSSGM

Peringkat Bengkung(talipinggang)Gayong Dan Sandang Kebesaran Seni Gayong

Tahap Pencapaian Bengkong
Terdapat 5 warna tahap bengkong untuk Silat Seni Gayong Malaysia
Asas - Hitam Kosong
Awan Putih
Pelangi Hijau
Pelangi Merah
Pelangi Merah Chula 1 hingga 3
Pelangi Kuning
Pelangi Kuning Chula 1 hingga 5
Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 1 hingga 6
(Tahap Tertinggi Silat Gayong Terkini)
Pelangi Hitam Harimau Chula Sakti 7
(Milik Kekal Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman)


SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

 

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.

Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

   1. Sandang Mahaguru

   2. Sandang Protokol

   3. Sandang Berjawatan

   4. Sandang Kegurulatihan

   5. Sandang Kehormat

   6. Sandang Khas

 

Sandang Mahaguru

Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.

 

Sandang Protokol

Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.

 

Sandang Berjawatan

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi Gurulatih.

 

Sandang Kegurulatihan

Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

 

Sandang Kehormat

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.

 

Sandang Khas

Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.
  1. Harimau Singa Berantai
  2. Kuda Gila
  3. Singa Berantai
  4. Naga Bora
  5. Harimau Berantai
  6. Lipan Bara
  7. Kumbang Hitam

Peruntukan Khas

Mana-mana sandang yang ingin ditauliahkan kepada individu yang layak boleh disyorkan oleh Majlis atau Jawatankuasa berkenaan tetapi tiada Sandang Berjawatan Peringkat Kebangsaan, Sandang Kegurulatihan, Sandang Kehormat dan Sandang Khas boleh ditauliahkan tanpa mendapat kelulusan Waris Amanah Mahaguru atau Lembaga Waris Amanah terlebih dahulu.

7.12.2010

KAD KEAHLIAN

1.
Terdapat dua jenis kad keahlian yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan.  Kad Ahli Seumur Hidup dan Kad Keahlian Tahunan.  Pengeluaran kedua-dua kad ini adalah pengesahan penerimaan seseorang menjadi ahli kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
2.
Maklumat utama di kad ini ialah nama ahli, nombor keahlian dan nombor kad pengenalan ahli selain dari logo  dan nombor pendaftaran pertubuhan.  Kad ini disahkan oleh Setiausaha Agung.
3.
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pihak Ibu Pejabat Kebangsaan akan mengeluarkan kad ini dan  diserahkan kepada pihak yang menyampaikan borang permohonan untuk diserahkan kepada individu-individu yang berkaitan.
4.
Kad Ahli Seumur Hidup adalah bersifat kekal, manakala Kad Ahli Biasa adalah bersifat tahunan.  Bagi tujuan kawalan tambahan dan mudah dikesan, Kad Ahli Biasa dikeluarkan berbeza warna pada setiap tahun.  Ahli-ahli perlu mengesahkan keahlian mereka apabila diminta oleh pihak urus setia ketika mendaftar menyertai sesuatu aktiviti seperti kejohanan dan mesyuarat agung.  Ahli Seumur Hidup akan mempunyai cop Ahli Seumur Hidup di bahagian belakang kad dan nombor pendaftarannya dimulakan dengan huruf PH diikuti dengan angka-angka nombor ahlinya

SEJARAH GAYONG DI KEDAH

Silat Gayong di Kedah



Dato' Meor Rahman, Sultan Badlishah dan Tengku Kassim
(Dari Kiri) Dato' Meor Rahman, Sultan Badlishah dan Tengku Kassim
Dalam tahun 1957, Sultan Kedah yang ketika itu DYMM Almarhum Sultan Badlishah telah mewakilkan Tengku Kassim yang juga bergelar Tengku Laksamana Kedah menjemput Meor Abdul Rahman serta rombongan Silat Seni Gayong Singapura datang ke negeri Kedah, seterusnya mengadakan persembahan silat di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.Tujuannya ialah untuk memperkenalkan Silat Seni Gayong kepada rakyat Kedah agar dapat dipelajari. Di Kedah, Meor Abdul Rahman telah berunding dengan Sultan Kedah tentang permintaan baginda Sultan supaya Seni Gayong diajarkan kepada rakyat Kedah. Beliau telah bertanya kepada Sultan Badlishah mengapa beliau dipilih untuk mengembangkan silatnya di Kedah sedangkan di Kedah terdapat ramai pendekar silat. Baginda Sultan telah bertitah,

"Adik Kassim yang desak kerana main (silat) dengan Siam tak sampai dua minit dah kalah. Beta dengar Cikgu pernah kalahkan orang-orang Siam dan tangkap sehingga terjelir lidah."

Pada awalnya Meor Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di Kedah kerana menghormati pendekar-pendekar silat yang telah sedia ada di Kedah. Walaupun beliau telah mengemukakan pelbagai alasan, akhirnya beliau terpaksa menurut kemahuan Sultan apabila baginda menghantar anggota Polis untuk menjemput Meor Abdul Rahman mengajar di Kedah. Baginda telah bertanya kepada Meor Abdul Rahman tentang rahsia berjalan di atas bara api yang baginda saksikan sendiri dalam demonstrasi di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.

Tontonlah video ini...

video
video
video

INFO PERTANDINGAN


KEJOHANAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 AKAN BERLANSUNG PADA 23-25.7.2010 DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN IPOH DIJEMPUT SEMUA HADIR UNTUK MENYAKSIKAN DAN TURUT MEMBERIKAN SOKONGAN....KONTIJEN PSSGM NEGERI KEDAH AKAN TURUT SERTA MENGAMBIL BAHAGIAN DI KETUAI OLEH CIKGU IZUAN SEBAGAI PENGURUS PASUKAN.

7.11.2010

LATIHAN DI MRSM LANGKAWI 2009

ACARA MANDI MINYAK DILAKUKAN CIKGU IZUAN DI LANGKAWI

PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

 Pertemuan pimpinan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dengan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 2010 di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui. YAB Dato’ Seri meminta supaya usaha mencari sebidang tanah yang bersesuaian sama ada di Selangor mahupun di Negeri Sembilan hendaklah dimulakan sebagai langkah awal ke arah ini. Sebagai sebuah pertubuhan silat yang telah wujud kian lama, seharusnya kini mempunyai sebuah bangunan sebagai mercu tanda kepada dunia persilatan negara.
   Kemeriahan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit pada malam itu dipuncakkan lagi dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri supaya sebuah Akademi Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan. Penubuhan sebuah akademi akan membuka laluan yang lebih bersifat jangka panjang katanya dalam usaha untuk memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa..