7.12.2010

KAD KEAHLIAN

1.
Terdapat dua jenis kad keahlian yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan.  Kad Ahli Seumur Hidup dan Kad Keahlian Tahunan.  Pengeluaran kedua-dua kad ini adalah pengesahan penerimaan seseorang menjadi ahli kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
2.
Maklumat utama di kad ini ialah nama ahli, nombor keahlian dan nombor kad pengenalan ahli selain dari logo  dan nombor pendaftaran pertubuhan.  Kad ini disahkan oleh Setiausaha Agung.
3.
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pihak Ibu Pejabat Kebangsaan akan mengeluarkan kad ini dan  diserahkan kepada pihak yang menyampaikan borang permohonan untuk diserahkan kepada individu-individu yang berkaitan.
4.
Kad Ahli Seumur Hidup adalah bersifat kekal, manakala Kad Ahli Biasa adalah bersifat tahunan.  Bagi tujuan kawalan tambahan dan mudah dikesan, Kad Ahli Biasa dikeluarkan berbeza warna pada setiap tahun.  Ahli-ahli perlu mengesahkan keahlian mereka apabila diminta oleh pihak urus setia ketika mendaftar menyertai sesuatu aktiviti seperti kejohanan dan mesyuarat agung.  Ahli Seumur Hidup akan mempunyai cop Ahli Seumur Hidup di bahagian belakang kad dan nombor pendaftarannya dimulakan dengan huruf PH diikuti dengan angka-angka nombor ahlinya

Tiada ulasan: