7.11.2010

PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

 Pertemuan pimpinan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dengan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 2010 di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui. YAB Dato’ Seri meminta supaya usaha mencari sebidang tanah yang bersesuaian sama ada di Selangor mahupun di Negeri Sembilan hendaklah dimulakan sebagai langkah awal ke arah ini. Sebagai sebuah pertubuhan silat yang telah wujud kian lama, seharusnya kini mempunyai sebuah bangunan sebagai mercu tanda kepada dunia persilatan negara.
   Kemeriahan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit pada malam itu dipuncakkan lagi dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri supaya sebuah Akademi Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan. Penubuhan sebuah akademi akan membuka laluan yang lebih bersifat jangka panjang katanya dalam usaha untuk memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa..

Tiada ulasan: