PERLEMBAGAAN

Peraturan 1. NAMA DAN ALAMAT
1.
Ada pun nama Pertubuhan ini ialah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan kemudiannya disebut ‘Pertubuhan’ sahaja dalam peraturan ini. Sementara Cawangan Daerah disebut ’Cawangan’ sahaja dalam peraturan ini.
2.
Pejabat Pertubuhan dan tempat mesyuaratnya ialah di No. 25, Blok C, Flat PKNS, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur atau dimana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
3.
Alamat surat menyurat ialah 303 Jalan B8 Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Peraturan 2. TUJUAN
1.
Ada pun tujuan-tujuan Pertubuhan ini ialah:-


a) Menghidup dan mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong.


b) Menggalakan permainan, sukan dan kebudayaan.


c) Mengembangkan perasaan persaudaraan dan muhibbah di antara ahli-ahlinya.


d) Pertubuhan ini bukan parti siasah, tidak akan bergabung dengan mana-mana parti siasah atau badan-badan yang ada hubungkait dengan parti siasah.


e) Sebagai pusat perkembangan dan rujukan Silat Seni Gayong seluruh dunia.
2.
Pertubuhan ini tidak akan bergabung dengan satu-satu parti siasah atau dengan badan-badan yang berhubung dengan siasah.
Peraturan 3. AHLI PERTUBUHAN
1.
Pertubuhan boleh menerima permohonan dari Rakyat Malaysia yang berumur kurang dari 16 tahun sebagai ahli bersekutu dan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Pertubuhan tetapi tidak boleh memegang jawatan dan mengundi.
2.
Seseorang ahli Pertubuhan berhak mengundi atas tiap-tiap perkara termasuk perkara-perkara yang tersebut dibawah ini.

a) Membubarkan Pertubuhan

b) Pemindaan Peraturan Pertubuhan
3.
Seseorang yang belum cukup 21 tahun umurnya tidak boleh menjadi Pegawai atau Pemegang Amanah Pertubuhan.
4.
Permintaan menjadi ahli hendaklah di buat dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Pertubuhan dan menyampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Daerah. Setiauasaha Pertubuhan Daerah akan menyampaikan permintaan itu kepada Setiausaha Pertubuhan Negeri yang kemudiannya menyampaikan kepada Setiausaha Agung melainkan permohonan yang mengikut Peraturan 3 no. 5 untuk diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung. Majlis Jawatankuasa Agung boleh jika difikirkan patut, menolak sebarang permintaan menjadi ahli dengan tidak perlu memberi alasannya.
5.
Permintaan menjadi ahli terus ke Pertubuhan bolehlah diterima oleh Majlis Jawatankuasa Agung sekiranya difikirkan layak dan menolak permintaan itu tanpa memberi sebarang sebab.
6.
Apabila permintaan seseorang itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung, dan yuran tahunannya yang pertama telah didaftarkan dalam BUKU DAFTAR AHLI sebagai seorang ahli dan diberi senaskah BUKU PERATURAN PERTUBUHAN dengan bayaran yang berpatutan.
7.
Ahli Seumur Hidup


a) Permintaan menjadi ahli seumur hidup boleh ditimbangkan. Syarat umur untuk menjadi Ahli Seumur Hidup adalah 18 tahun keatas.


b) Sekiranya ia melanggar Peraturan dan Perlembagaan dan Adat Istiadat Pertubuhan maka Majlis Jawatankuasa Agung boleh menggantung penglibatannya setelah diminta beri notis tunjuk sebab dalam masa 3 bulan


c) Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan tunjuk sebab boleh juga digantung haknya sebagai ahli dan Pegawai Pertubuhan


d) Segala pecat memecat ini hendaklah dibawa ke Persidangan agung Perwakilan untuk pengesahan
8.
Ahli Gabungan


a) Permintaan menjadi ahli dari Persatuan / Kelab Silat Seni Gayong Malaysia dari Pusat Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Malaysia boleh diterima setelah mendapat kelulusan.


b) Ahli-ahli dari Persatuan / Kelab Silat Seni Gayong Malaysia di sekolah boleh diterima setetlah mendapat kelulusan


c) Permohonan mana-mana Persatuan/Kelab Silat Seni Gayong di luar Malaysia boleh dipertimbangkan


d) Permohonan menjadi ahli gabungan dari luar Malaysia sebagai Ahli Terus Gabungan boleh dipertimbangkan.


e) Sebagai pusat perkembangan dan rujukan Silat Seni Gayong seluruh dunia.
Peraturan 4. YURAN DAN HUTANG
1.
Yuran Pertubuhan adalah seperti berikut:-


a) Yuran Masuk sebanyak RM 5.00


b) Yuran Tahunan sebanyak RM 5.00


c) Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 100.00


Sebarang kenaikan yuran hendaklah diputuskan dengan undi sulit menurut Peraturan 18.
2.
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada tiap-tiap tahun.
3.
Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama dua (2) tahun berturut-turut akan tergantung haknya sebagai Ahli Pertubuhan, namanya akan kekal dalam BUKU PENDAFTARAN AHLI sebagai ahli yang berhutang.
4.
Seseorang yang tergantung hak keahliannya boleh meneruskan dengan melunaskan hutang piutangnya.
5.
Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa menetapkan yuran yang kurang atau melepaskan buat sementara bayaran yuran jika ada ahli-ahli yang terhenti kerja, sakit atau ditimpa kesusahan.
Peraturan 5. BERHENTI MENJADI AHLI
1.
Ahli-ahli yang hendak berhenti dari Pertubuhan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya satu (1) minggu terlebih dahulu secara bersurat kepada Setiausaha Cawangan dan hendaklah menjelaskan segala yuran dan hutangnya.
2.
Selesai segala hutan tertunggak maka Setiausaha akan merujuk kepada Bahagian Negeri dan Ibu Pejabat untuk pengesahan berhenti.
3.
Gagal membuat demikian maka Pertubuhan boleh menghalangnya dari terlibat setiap aktiviti melibatkan silat. Apabila disahkan maka selama setahun (1) dari tarikh notisnya berhenti dilarang mana-mana persatuan silat kecuali mendapat keizinan dari pihak Pertubuhan.
4.
Setiap ahli yang disahkan berhenti atau diberhentikan atau mana-mana ahli yang hilang haknya, dilarang dan tidak berhak sama sekali:

a) Mengadakan apa jua aktiviti, pernyataan media massa, elektronik atau apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti Silat Seni Gayong Malaysia

b) Menggunakan lambang, logo, lencana, bendera atau apa-apa perkara yang boleh menjejaskan kredibiliti Silat Seni Gayong Malaysia adalah dilarang sama sekali.
Peraturan 6. HAK AHLI
1.
Sekalian ahli Pertubuhan menpunyai hak yang sama didalam Pertubuhan ini kecuali beberapa perkara tertentu yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini.
Peraturan 7. KEWAJIPAN AHLI
1.
Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli bagi menjelaskan yurannya dengan tetap dan mendapatkan resit apabila membuat pembayaran. Membayar yuran dengan menepati masanya adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli dan bukanlah tanggungjawab Pegawai-pegawai Pertubuhan.
2.
Kesahihan adalah berdasarkan kepada pembayaran yuran tahunan semasa.
3.
Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli memberitahu Setiausaha Cawangan atau Negeri atau Kebangsaan mengikut status keahliannya (biasa, ahli terus atau ahli seumur hidup) dengan segera apabila berpindah atau bertukar tempat tinggal.
4.
Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat Pertubuhan atau menggunakan rumah Pertubuhan hendaklah berkelakuan baik. Jika tidak, ia akan disuruh keluar oleh seseorang Pegawai Pertubuhan yang bertanggungjawab.
5.
Ahli dilarang membuat pernyataan bertulis terbuka di tempat awam, di media massa atau letronik kecuali mendapat keizinan dari pihak Pertubuhan atau sedia ada peruntukan di bidang kuasa tertentu masing-masing.
6.
Ahli-ahli dikehendaki bertanggungjawab menghormati ketika menggunakan semua logo, lambang, bendera atau apa juga yang melibatkan maruah dan kredibiliti Silat Seni Gayong Malaysia.
7.
Adalah menjadi kewajipan ahli untuk memaklumkan pentadbiran setempat jika ada aktiviti dari luar kawasan.
8.
Cetakan jualan yang mempunyai logo, lambang atau bendera adalah dilarang tanpa keizinan dari pihak Pertubuhan atau bidang kuasa tertentu.
Peraturan 8. PERLEMBAGAAN PENTADBIRAN
1.
Kuasa yang tertinggi sekali dalam Pertubuhan ini terserah kepada Persidangan Perwakilan. Agenda atau perkara yang hendak diputuskan dalam persidangan itu hendaklah mendapat persetujuan dari Pengerusi Mesyuarat kecuali agenda yang telah ditetapkan. Keputusan Pengurusan Persidangan adalah muktamad.
2.
Maka dengan syarat yang tersebut di atas, Pertubuhan ini akan ditadbirkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
3.
Pengerusi Persidangan yang dilantik hendaklah memastikan perjalanan mesyuarat dengan teratur, harmoni dan saksama.
Peraturan 9. HARTA BENDA
1.
Pertubuhan Kebangsaan, Negeri dan Cawangan boleh memiliki tanah, bangunan dan lain-lain harta-benda serta bolehlah membeli, meminjam, mencagarkan dan memindah milik dengan apa jalan yang sah. Semua tanah bangunan dan lain-lain harta-benda melainkan wang dalam bank, atau simpanan di Pejabat Pos hendaklah diamanahkan kepada tidak kurang dari 2 orang ahli.
2.
Pemegang-pemegang amanah hendaklah dipilih oleh Persidangan Agung Perwakilan Kebangsaan, Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri atau Mesyuarat Agung Cawangan.
3.
Seseorang Pemegang Amanah itu akan memegang jawatannya sehingga dia meminta berhenti dan permintaannya itu diluluskan ataupun ianya diberhentikan oleh Persidangan Perwakilan Kebangsaan, Negeri atau Cawangan
4.
Majlis Jawatankuasa Agung adalah berhak diatas semua tanah, bangunan dan lain-lain harta benda Pertubuhan Negeri yang telah dibubarkan.
5.
Jawatankuasa Negeri adalah berhak diatas semua tanah, bangunan dan lain-lain harta-benda sebuah Pertubuhan Cawangan yang telah dibubarkan.
6.
Majlis Jawatankuasa Agung berhak serta berkuasa atas semua harta Pertubuhan Negeri dan Cawangan yang tidak tertakluk kepada mana-mana Pertubuhan yang telah dibubarkan.
7.
Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa membuat sebarang peraturan yang berkenaan dengan harta benda itu.
Peraturan 10. PERATURAN PERWAKILAN TAHUNAN
1.
Persidangan Perwakilan Tahunan Pertubuhan Kebangsaan ini hendaklah diadakan dalam bulan September tiap-tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat persidangan itu akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
2.
Persidangan Perwakilan Tahunan Pertubuhan Kebangsaan ini hendaklah terdiri dari wakil-wakil Pertubuhan Negeri, Pertubuhan Cawangan dan ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung.
3.
Wakil-wakil itu hendaklah dipilih oleh Pertubuhan masing-masing dalam mesyuarat Agung Tahunannya.


a) Setiap Cawangan yang sah berdaftar berhak memilih tiga (3) orang perwakilan (Pengerusi adalah automatik atau penggantinya) diikuti setiap seorang (1) perwakilan mewakili 100 orang ahli yang sah berdaftar dan membayar yuran dari Cawangan yang terbabit


b) Setiap Cawangan yang sah berdaftar berhak memilih enam (6) orang perwakilan (Yang Dipertua adalah automatik atau penggantinya) diikuti setiap seorang (1) perwakilan mewakili 500 orang ahli yang sah berdaftar dan membayar yuran dari Negeri nyang terbabit


(Ahli-ahli di sini bermakna ahli yang berhak mengundi pada ketika undi itu dijalankan).
4.
Ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agung automatik sebagai perwakilan dengan syarat membayar yuran dan tiada berhutang dengan Pertubuhan
5.
Wakil-wakil sahaja yang boleh mengundi dalam Persidangan Perwakilan. Pengerusi Majlis boleh memberi undi pemutus apabila undian terbahagi sama banyak. Persidangan itu boleh mengadakan aturan tetap (Standing Order) untuk mengawal perjalanan mesyuarat bagi semua persidangan perwakilan dan cara-cara mengundi dalam persidangan-persidangan itu.
6.
Notis permulaan bagi Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dan meminta usul-usul untuk dibincangkan didalam Persidangan itu (termasuk usul pemindaan peraturan) nama-nama calon anggota Majlis Jawatankuasa Agung dan mana-mana wakil, hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agung kepada semua Setiausaha Pertubuhan Negeri dan Cawangan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh persidangan.
7.
Apabila menerima notis permulaan itu tiap-tiap Setiausaha Pertubuhan Negeri dan Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing dengan segera supaya dapatlah mereka itu manghantar kepada Setiausaha Agung tidak lewat 15 hari dari tarikh penerimaan notis itu akan nama-nama wakil yang di pilih oleh Pertubuhan masing-masing, nama-nama calon anggota Majlis Jawatankuasa Agung dan juga usul-usul (jika ada) untuk dibincangkan dalam Persidangan.
8.
Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Pertubuhan Negeri dan Cawangan, sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh persidangan itu satu agenda yang mengandungi usul-usul untuk dibincangkan.
9.
Cukup korum mesyuarat jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangannya orang yang mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan Pertubuhan Negeri dan Cawangan.
10.
Jika satu jam kemudian dari masa yang ditetapkan bilangan wakil yang hadir (atau koram) tidak mencukupi maka persidangan itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
11.
Dalam persidangan yang ditangguhkan itu jika tidak juga didapati koramnya pada masa yang ditentukan maka ahli-ahli yang hadir berkuasa menjalankan mesyuarat, akan tetapi tidak berkuasa meminda Peraturan-Peraturan Pertubuhan.
12.
Tugas Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan ialah mengesahkan penyata tahunan dari Setiausaha Agung dan penyata kewangan dari Bendahari. Membincang dan memutuskan sebarang perkara mengenai kebajikan ahli-ahli dan kemajuan Pertubuhan. Melantik pemegang amanah jika perlu.
13.
Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan kepada semua Setiausaha Pertubuhan Negeri dan Cawangan satu salinan butir-butir Persidangan Perwakilan Tahunan dengan segeranya sesudah selesainya persidangan itu.
14.
Pemeriksa Kira-kira bukan ahli mana-mana jawatankuasa.
Peraturan 10a. PERSIDANGAN PERWAKILAN LUAR BIASA
1.
Persidangan luar biasa perwakilan akan diadakan :-

a) Apabila sahaja di fikirkan mustahak oleh Majlis Jawatankuasa Agung, atau

b) Dengan permintaan bertulis dari dua buah Jawatankuasa Pertubuhan Negeri / Cawangan atau lebih dengan menyatakan tujuan dan sebab-sebab mengadakan persidangan itu.
2.
Persidangan Perwakilan luar biasa yang diminta oleh Pertubuhan Negeri/Cawangan itu hendaklah diadakan:

a) Setelah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa tertinggi bersama-sama wakil-wakil Bahagian Negeri yang memohon persidangan tersebut.

b) Jika Perwakilan Luar Biasa masih diperlukan, maka Setiausaha Agung hendaklah menghantar notis dalam tempuh 21 hari dari tarikh keputusan mesyuarat diadakan
3.
Notis dan agenda bagi Persidangan Perwakilan Luar Biasa hendaklah disampaikan oleh Setiausaha Agung kepada semua Setiausaha Pertubuhan Negeri/Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh persidangan.
4.
Syarat–syarat yang tersebut dalam Peraturan 10 berkenaan dengan ahli-ahli persidangan, koram dan penangguhan Persidangan Perwakilan Tahunan adalah terpakai bagi Persidangan Perwakilan Luar Biasa. Akan tetapi dalam Persidangan Perwakilan Luar Biasa yang diminta oleh Negeri/Cawangan, jika persidangan itu ditangguhkan kerana korum tidak cukup, maka persidangan yang sudah ditangguhkan itu, jika satu jam kemudian dari masa yang ditentukan korumnya tidaklah boleh diadakan persidangan untuk perkara itu hingga selepas dua(2) bulan dari tarikh persidangan itu dibatalkan.
5.
Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan kepada semua Setiausaha Negeri/Cawangan satu salinan butir-butir mesyuarat Persidangan Luar Biasa dengan segera sesudah selesainya persidangan itu.
6.
Jika Persidangan Perwakilan tahunan tidak dapat diadakan dalam masa yang ditentukan dalam Peraturan 10, maka berkuasalah Persidangan Perwakilan Luar Biasa menjalankan sebarang kerja yang lazimnya dijalankan oleh Persidangan Perwakilan Tahunan.
Peraturan 10b. KELAYAKAN PERWAKILAN
1.
Peringkat Cawangan berdaftar boleh menghantar 3 orang perwakilan yang sah dan tidak mempunyai hutang dengan Pertubuhan. Pengerusi adalah automatik atau penggantinya. Diikuti dengan setiap 1 orang perwakilan mewakili 100 orang ahli yang layakdan sah berdaftar serta tidak mempunyai hutang dengan Pertubuhan dari Cawangan yang terbabit sahaja.
2.
Peringkat Bahagian Negeri beerdaftar boleh menghantar 6 orang perwakilan yang sah dan tidak mempunyai hutang dengan Pertubuhan. Yang Dipertua adalah automatik atau penggantinya. Diikuti dengan setiap 1 orang perwakilan mewakili 500 orang ahli yang layakdan sah berdaftar serta tidak mempunyai hutang dengan Pertubuhan dari Negeri tersebut.
3.
Ahli Majlis Jawatankuasa Agung adalah automatik terpilih seperti peraturan 10.4
4.
Bagi negeri yang tidak mempunyai kawasan daerah seperti Wilayah Persekutuan, Yang dipertua, Timbalan Yang Dipertua atau Naib Yang Dipertua adalah secara automatik dan seorang wakilbagi setiap 500 orang ahli yang sah.
5.
Penuntut-penuntut Institusi Pengajian TinggiAwam atau Swasta, Ahli Gabungan, Ahli Terus atau Ahli Gabungan Terustidak mempunyai hak kelayakan menjadi perwakilan dan memegang sebarang jawatan mana-mana Cawangan, Bahaqgian Negeri atau Pusat tetapi hanya sebagai ahli biasa.
Peraturan 10c. KELAYAKAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN NEGERI
1.
Peringkat Cawangan boleh menghantar seorang wakil setiap 50 orang ahli yang sah berdaftar
2.
Pengerusi Cawangan atau Naib Pengerusi adalah secara automatik.
3.
Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri adalah secara automatik boleh menghadiri Mesyuarat Agung tersebut.
4.
Ahli yang menghadiri Mesyuarat Agung di peringkat negeri hendaklah terdiri dari ahli yang sah berdaftar di negeri tersebut di peringkat Pusat.
Peraturan 10d. KELAYAKAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PERINGHKAT CAWANGAN DAERAH
1.
Tiap-tiap gelanggang awam yang diiktiraf oleh Pertubuhan dalam sesebuah daerah yang ahlinya berumur 18 tahun keatas boleh menghantar 5 orang wakil dan Ketua Gelanggang adalah secara automatik.
2.
Ahli Jawatnkuasa Cawangan adalah secara automatik layak menghadiri mesyuarat tersebut.
3.
Semua yang menghadiri Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah ahli yang sah pendaftarannya di peringkat Pusat.
Peraturan 11. PEGAWAI
1.
Ertikata ‘pegawai’ dalam Pertubuhan ini ialah seseorang yang menjadi ahli majlis Jawatankuasa Agung dan Ahli Jawatankuasa Negeri/Cawangan. Pemeriksa Kira-Kira tidak dianggap sebagai pegawai Pertubuhan.
2.
Tidaklah boleh dilantik seorang menjadi Pegawai Pertubuhan jika orang itu:-

a) bukan Ahli Pertubuhan, atau

b) yang belum cukup 21 tahun, atau

c) bukan warga negara Malaysia, atau

d) pernah dihukum salah oleh mahkamah kerana pecah amanah, pemerasan, mengugut ataupun melakukan sebarang kesalahan lain yang besar.
Peraturan 12. MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG
1.
Majlis Jawatankuasa Agung adalah anggota yang menjalankan pentadbiran dan menguruskan hal ehwal Pertubuhan dalam masa di antara dua persidangan perwakilan tahunan.
2.
Majlis Jawatankuasa Agung mengandungi:-

a) Seorang Yang Di Pertua (sekurang-kurangnya seorang Waris Beradat Silat Seni Gayong Malaysia)

Seorang Timbalan Yang Di Pertua I (sekurang-kurangnya seorang Waris Beradat Silat Seni Gayong Malaysia)

Seorang Timbalan Yang Di Pertua II (sekurang-kurangnya seorang Waris Beradat Silat Seni Gayong Malaysia)

b) Seorang Naib Yang Di Pertua I

    Seorang Naib Yang Di Pertua II

    Seorang Naib Yang Di Pertua III

c) Seorang Setiausaha Agung

d) Seorang Penolong Setiausaha Agung

e) Seorang Bendahari Agung

f) 8 atau tidak lebih dari 10 orang Ahli Jawatankuasa

g) Yang Di Pertua boleh dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa melantik lima(5) orang lagi untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Tambahan.

*kecuali jawatan c, d, dan e,

c) Dilantik oleh Yang Di Pertua

d) Ditunjuk oleh Yang Di Pertua dengan persetujuan (c)

e) Ditunjuk oleh Yang Di Pertua dengan persetujuan Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan
3.
Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) bulan sekali, dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah dari jumlah bilangan ahlinya. Butir-butir Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah disahkan dalam mesyuarat biasa
4.
Panggilan mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung akan dibuat oleh Setiausaha Agung dengan arahan atau persetujuan dari Yang Di Pertua. Permintaan dari ahli-ahli jawatankuasa supaya diadakan mesyuarat hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung secara bertulis.
5.
Apabila berlaku sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan Majlis Jawatankuasa Agung dengan serta merta dan tidak pula diadakan mesyuarat tergempar, maka bolehlah Setiausaha Agung dengan persetujuan Yang Di Pertua mendapatkan keputusan melalui surat pekeliling. Syarat-syarat yang tersebut dibawah ini hendaklah disempurnakan, sebelum perkara itu dianggap sebagai telah diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung:

a) Perkara dan tindakan yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan salinan surat pekeliling itu disampaikan kepada semua ahli Majlis Jawatankuasa Agung.

b) Sekurang-kurangnya setengah dari jumlah bilangan ahli Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah menyatakan dengan bertulis samada mereka itu bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut.

c) Suara yang terbanyak dari mereka yang menyatakan pendapatnya adalah keputusan.
6.
Keputusan yang didapati dengan jalan surat pekeliling itu hendaklah dinyatakan oleh Setiausaha Agung dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung yang akan datang dan dituliskannya dalam minit mesyuarat itu.
7.
Ahli Majlis Jawatankuasa Agung yang tidak menghadiri tiga kali mesyuarat berturut-turut tidak lagi berhak menyandang jawatannya melainkan jika dapat memberi alasan yang memuaskan kepada Majlis Jawatankuasa Agung
8.
Apabila mati, berhenti atau terlucut hak seseorang Majlis Jawatankuasa Agung, maka calun yang mendapat undi terbawah sedikit bagi jawatan itu pada masa undi yang lalu akan dijemput memenuhi tempat yang kosong itu.
9.
Dengan menurut peraturan-peraturan Pertubuhan ini, maka Majlis Jawatankuasa Agung boleh menggunakan sebarang kuasa dan menjalankan sebarang kerja yang difikirkan mustahak bagi mencapai tujuan-tujuan Pertubuhan dan untuk memajukan kepentingannya.
10.
Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah mengawal wang Pertubuhan supaya tidak dibelanjakan dengan boros atau ditipu. Maka dengan perintahnya, Setiausaha Agung atau pegawai-pegawai yang lain akan mendakwa di mahkamah seseorang pegawai, atau pun ahli kerana menipu atau mengambil wang atau harta kepunyaan Pertubuhan.
11.
Majlis Jawatankuasa Agung akan mengarah Setiausaha Agung atau pegawai-pegawai yang lain supaya menguruskan kerja-kerja Pertubuhan. Pegawai-pegawai Pertubuhan boleh digantung kerja atau diberhentikan oleh Majlis Jawatankuasa Agung kerana kelalaian, tidak amanah, tidak layak atau enggan mematuhi keputusan-keputusannya atau kerana sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah dan cukup untuk keselamatan bagi Pertubuhan.
12.
Majlis Jawatankuasa Agung berkuasa menggantung faedah atau memecat seseorang ahli atau menegah seseorang ahli memegang jawatan jika pada pendapatnya ahli itu bersalah kerana cuba hendak merosakkan Pertubuhan atau melakukan perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan Pertubuhan atau membuat atau mencampuri perbuatan mencela atau mencerca Pertubuhan, pegawai-pegawai atau dasar Pertubuhan. Ahli-ahli yang digantung keahliannya, dipecat atau ditegah memegang jawatan itu bolehlah membuat rayuan kepada Persidangan Perwakilan.
13.
Dalam masa antara dua Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan, Majlis Jawatankuasa Agung akan mentafsirkan peraturan-peraturan Pertubuhan dan apabila mustahak perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam peraturan-peraturan.
14.
Kecuali keputusan-keputusan yang berkehendakkan undi sulit, maka keputusan-keputusan Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah di taati oleh sekelian ahli-ahli Pertubuhan melainkan sehingga ianya dibatalkan oleh suatu ketetapan yang dibuat di dalam Persidangan Perwakilan.

Peraturan 12a. KUASA MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG
1.
Majlis Jawatankuasa Agung boleh menentukan sesuatu peraturan yang tidak ternyata di dalam Perlembagaan dan Peraturan Pertubuhan ini, asalkan peraturan ini tidak bertentangan dengan Adat Istiadat Gayong Malaysia dan akta Pesuruhjaya Sukan.
2.
Majlis Jawatankuasa Agung (Setiausaha Agung) akan menentukan jumlah perwakilan ahli yang layak menghadiri Mesyuarat Agung {erwakilan daerah, Bahagian Negeri dan Pertubuhan Pusat mengikut rekod pembayaran yuran diterima oleh Pusat.
3.
Yang Dipertua atau ketiadaannya, Timbalan Yang Dipertua hendaklah menentukan seorang Ahli Jawatankuasa Pusat untuk menghadiri Mesyuarat Bahagian Negeri sebagai pemerhati dan penasihat sekirannya diminta oleh Pengerusi Persidangan.
4.
Yang Dipertua Negeri atau ketiadaannya, Timbalan Yang Dipertua Negeri hendaklah menentukan seorang wakil negeri untuk menghadiri Mesyuarat Agung Peringkat Daerah sebagai pemerhati dan penasihat sekirannya diminta oleh Pengerusi Persidangan.
5.
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua atau Naib-naib Yang Dipertua atau Setiausaha Agung boleh menghadiri Mesyuarat Agung peringkat Bahagian Negeri atau daerah sebagai pemerhati dan penasihat.
6.
Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua atau Naib-naib Yang Dipertua atau Setiausaha Negeri boleh menghadiri Mesyuarat Agung peringkat Cawangan sebagai pemerhati dan penasihat
Peraturan 13. KEWAJIPAN PEGAWAI-PEGAWAI PERTUBUHAN
1.
Yang Di Pertua dalam masa menyandang jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Persidangan Perwakilan dan semua Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung serta bertanggungjawab atas ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat itu. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat, apabila minit mesyuarat itu disahkan. Ia akan dinamakan untuk menandatangi segala cek bagi pihak Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha Agung atau Bendahari, dan akan mengawasi pentadbiran dan perjalanan Pertubuhan dan juga akan berikhtiar supaya peraturan-peraturan ini dipatuhi oleh sekalian ahli-ahli yang berkenaan.
2.
Timbalan Yang Di Pertua akan memangku jawatan Yang Di Pertua dan menjalankan tugas-tugas dimasa ia tidak hadir atau Naib Yang Di Pertua sekiranya ketiadaan Timbalan Yang Di Pertua.
3.
Setiausaha Agung akan mengelolakan kerja-kerja Pertubuhan mengikut peraturan-peraturan ini dan akan menjalankan perintah-perintah Persidangan Perwakilan dan Majlis Jawatankuasa Agung, ia akan bertanggungjawab tentang surat-menyurat, menyimpan buku-buku, surat-surat keterangan dan kertas-kertas kepunyaan jabatannya dengan cara atau aturan yang diarahkan oleh Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan. Ia akan menghadiri semua mesyuarat dan menulis butir-butir mesyuarat itu dan akan menyediakan atau berikhtiar menyediakan penyata untuk Persidangan Perwakilan Tahunan. Ia akan menyediakan atau berikhtiar supaya disediakan penyata-penyata tahunan dan lain-lain surat keterangan yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan dan akan menghantar kepada Pendaftar itu dalam masa yang ditentukan. Ia akan menyimpan satu Buku Daftar Ahli yang mengandungi nama-nama ahli, alamat mereka itu, nombor ahli dan tarikh mereka itu menjadi ahli Pertubuhan. Ia akan menandatangani segala cek bagi pihak Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Di Pertua atau Bendahari.
4.
Penolong Setiausaha Agung akan membantu Setiausaha Agung dalam urusan pentadbiran Pertubuhan dan akan menggantikannya pada masa ia tidak hadir.
5.
Bendahari akan bertanggungjawab tentang menerima dan membayar wang bagi pihak Pertubuhan dan menyimpan buku-buku kewangan. Ia akan mengeluarkan resit bagi tiap-tiap wang yang diterimanya. Maka tidaklah boleh pegawai-pegawai lain di ibupejabat Pertubuhan menerima wang atau mengeluarkan resit, jika tidak dengan kuasa yang diberikan dengan surat oleh Yang Di Pertua pada tiap-tiap kali dikehendaki mereka itu berbuat demikian. Ia akan bertanggungjawab tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkenaan di ibupejabat Pertubuhan. Buku-buku dan surat-surat keterangan ini tidak boleh dikeluarkan dari tempat rasminya dengan tidak mendapat kebenaran yang bertulis daripada Yang Di Pertua pada tiap-tiap kali yang hendak dikeluarkannya. Ia akan menyediakan penyata kewangan bagi tiap-tiap mesyuarat kerja Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan dan bagi Persidangan Perwakilan Tahunan. Ia akan menandatangani segala cek bagi pihak Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Di Pertua atau Setiausaha Agung.
Peraturan 14. PEMERIKSA KIRA-KIRA
1.
Dua orang Pemeriksa Kira-Kira yang bukan menjadi ahli Majlis Jawatankuasa Agung hendaklah dilantik oleh Persidangan Perwakilan Tahunan.

a) Mereka itu akan memeriksa kira-kira Pertubuhan pada penghujung tiap-tiap empat (4) bulan dan menyampaikan penyataannya kepada Majlis Jawatankuasa Agung

b) Mereka itu juga akan memeriksa kira-kira Pertubuhan pada akhir tahun dan menyampaikan penyatanya kepada Persidangan Perwakilan Tahunan.

c) Mereka juga boleh diminta memeriksa kira-kira setiap program bersama-sama Pengerusi/Bendahari program.

d) Mereka juga secara automatik akan menjadi Pemeriksa Kira-kira dalam peraturan kecil Majlis Lembaga Beradat dan Majlis Gurulatih.
2.
Buku-buku dan kira-kira Pertubuhan hendaklah diperiksa oleh kedua-dua Pemeriksa Kira-Kira bersama-sama dan mereka itu berhak melihat semua buku-buku dan surat-surat keterangan yang mustahak untuk menyempurnakan tugasnya.
3.
Majlis Jawatankuasa Agung juga boleh melantik Pemeriksa Kira-kira luar (juru audit bertauliah)
Peraturan 15. PEMERIKSA UNDI
1.
Tiga(3) orang bukan pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik dalam Persidangan Perwakilan tahunan menjadi Pemeriksa Undi.
Peraturan 16. KEWANGAN DAN KIRA-KIRA
1.
Wang Pertubuhan boleh di belanjakan kerana perkara-perkara yang tersebut dibawah ini:-

a) Bayaran dan perbelanjaan pentadbiran Pertubuhan

b) Mengadakan gerakan sosial dan sukan

c) Mendirikan rumah untuk urusan Pertubuhan
2.
Wang-wang Pertubuhan tidak boleh digunakan dengan secara langsung atau sebaliknya untuk membayar denda atau hukuman yang dikenakan oleh mahkamah kepada sesiapapun.
3.
Wang-wang kepunyaan Pertubuhan yang tidak dikehendaki untuk perbelanjaan biasa yang telah diluluskan hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung oleh Bendahari atau Bendahari Negeri/Cawangan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaannya. Kira-kira bank hendaklah dengan nama Pertubuhan.
4.
Semua cek atau notis pengeluaran atas nama Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama-sama oleh Yang Di Pertua (dimasa ketiadaanya) oleh Naib Yang Di Pertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung, maka hendaklah Majlis Jawatankuasa Agung melantik seorang dari mereka itu untuk menggantinya. Kira-kira wang negeri/daerah hendaklah di selenggarakan menurut Peraturan 24.
5.
Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada satu-satu masa dengan tidak perlu mendapat kebenaran Majlis Jawatankuasa Agung terlebih dahulu.
6.
Bendahari Agung hendaklah menulis atau menguruskan supaya ditulis dalam Buku Kira-Kira mengenai keterangan penerimaan dan perbelanjaan wang Pertubuhan. Apabila ia berhenti atau meletak jawatan, atau pekerjaannya pada bila-bila masa dikehendakinya membuat demikian oleh Majlis Jawatankuasa Agung atau Perwakilan maka hendaklah ia menyerahkan kepada Pertubuhan dan ahli-ahlinya satu kenyataan yang sah lagi betul perihak sekelian wang yang diterima atau dibayarnya dalam masa yang baru lalu semenjak ia menerima jawatannya, atau jika ia tidak pernah membentangkan kira-kiranya terlebih dahulu itu dibentangkan. Maka hendaklah dinyatakan baki wang ditangannya pada masa menyerahkan kira-kira itu dan menerangkan lain-lain harta Pertubuhan dalam simpanan atau jagaanya.
Peraturan 17. PEMERIKSA BUKU DAN KIRA-KIRA
1.
Tiap-tiap orang yang berhak dalam hal kewangan Pertubuhan boleh memeriksa buku dan kira-kira Pertubuhan dan nama-nama ahli pada masa-masa yang munasabah di tempat buku-buku itu di simpan, dengan syarat membuat permintaan dengan memberi tempuh berpatutan dengan kebenaran Pegawai yang bertanggungjawab.
Peraturan 18. PERATURAN DAN PINDAAN PERATURAN
1.
Perlembagaan dan Peraturan Pertubuhan boleh dipinda di dalam Persidangan Perwakilan yang diadakan menurut Peraturan 10 atau 10a.
2.
Tiap-tiap pindaan Peraturan akan berjalan kuat kuasanya dari tarikh pindaan itu didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Peraturan 19. PEMBUBARAN
1.
Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang dari 75% ahli-ahli yang berhak mengundi.
2.
Jika sekiranya Pertubuhan ini dibubarkan seperti yang tersebut diatas, maka segala hutang dan tanggungan yang dibuat dengan halal bagi pihak Pertubuhan hendaklah diselesaikan dengan penuh dan baki wang yang tinggal akan dibahagikan menurut keputusan yang akan dibuat oleh Persidangan Perwakilan.
3.
Kenyataan pembubaran Pertubuhan ini yang ditandatangani oleh tiga Pegawai Kanan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
Peraturan 20. PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN NEGERI/CAWANGAN,
                      PUSAT LATIHAN DAN GELANGGANG.
1.
a)Majlis Jawatankuasa Agung boleh menerima dan meluluskan permohonan gabungan dari Pertubuhan Negeri/Cawangan, pusat-pusat latihan atau gelanggang silatnya dimana-mana di dalam Malaysia untuk menjalankan aktiviti persilatan dengan secara terkawal.

b) Majlis Jawatankuasa Agung boleh membatalkan status gabungannya dengan sesuatu Pertubuhan Negeri/ Cawangan, pusat latihan atau gelanggang sekiranya di dapati Pertubuhan Negeri/ Cawangan, pusat latihan atau gelanggang tersebut tidak mematuhi arahan atau Peraturan Pertubuhan.

c) Sesiapa pun di LARANG menjalankan aktiviti Silat Seni Gayong Malaysia, jika tidak memohon bergabung dengan Pertubuhan. Mereka dilarang menggunakan nama, lambang, logo atau sebarang yang berkenaan dengan Pertubuhan. Mereka boleh dikenakan tindakan mahkamah jika melakukannya.
2.
Majlis Jawatankuasa Agung boleh membatalkan status gabungan sesuatu Pertubuhan Negeri/ Cawangan:

i) Jika bilangan ahli Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu kurang dari 20 orang selama 6 bulan berturut-turut atau,

ii) Jika Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu enggan menurut Peraturan Pertubuhan atau keputusan Persidangan Perwakilan atau keputusan Majlis Jawatankuasa Agung, atau Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu telah melakukan perbuatan yang akan merugikan Pertubuhan.
3.
Keputusan hendak membatalkan gabungan Pertubuhan Negeri/Negeri itu hendaklah dibuat di dalam Majlis Jawatankuasa Agung dengan suara yang terbanyak, akan tetapi sesebuah Pertubuhan Negeri/Daerah itu hendak dibubarkan menurut perkara-perkara bahagian (ii) di atas, maka Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu hendaklah diberi notis 30 hari, dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan keatasnya.
4.
Jika sekiranya sesebuah Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu dibatalkan status gabungannya dengan yang tersebut di dalam ceraian 2(i) di atas, maka Majlis Jawatankuasa Agung akan memindahkan ahli-ahli yang tinggal itu ke Pertubuhan Negeri/ Cawangan yang berhampiran sekali. Jika sekiranya Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu dibubarkan dengan alasan tersebut dalam ceraian 2(ii), maka sekelian ahlinya akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan dan akan hilang segala haknya dalam Pertubuhan.
5.
Perintah membatalkan status gabungan Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu akan di tandatangani oleh Setiausaha Agung. Apabila diterimanya perintah itu maka Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu tidak lagi mempunyai hak untuk apa-apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebangsaan.
6.
Pertubuhan Negeri/ Cawangan yang tidak berpuashati dengan perintah pembubaran itu boleh membuat surat kepada Setiausaha Agung merayu kepada Persidangan Perwakilan Tahunan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan perintah itu. Meskipun rayuan itu dibuat, perintah pembubaran itu berkuatkuasa sehingga ianya dibatalkan. Akan tetapi dalam hal yang demikian, Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan akan melantik di antara mereka itu sendiri satu Jawatankuasa Pengelola untuk menguruskan hal-ehwal Pertubuhan Negeri/ Cawangan itu sehingga rayuan itu mendapat keputusan.
7.
Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Pertubuhan Negeri/Daerah yang dibubarkan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku-buku, surat-surat, wang dan harta kepunyaan Pertubuhan Negeri/ Cawangan, bersama-sama dengan satu penyata kewangan dari tarikh kira-kira yang lalu supaya dibentangkan sehingga tarikh perintah membatalkan status gabungannya itu.
8.
Jika ahli-ahli Pertubuhan Negeri/ Cawangan berhajat hendak mengeluarkan Pertubuhan Negeri/ Cawangan dari Pertubuhan Kebangsaan maka keputusan yang demikian itu hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri/ Cawangan yang diadakan sesudah diberi notis 14 hari, dengan menyatakan tujuan mesyuarat itu. Pegawai-pegawai sesebuah Pertubuhan Negeri/ Cawangan yang telah memutuskan hendak keluar dari Pertubuhan Kebangsaan mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, dokumen, wang dan harta kepunyaan Pertubuhan bersama-sama dengan satu kenyataan seperti tersebut dalam ceraian 7 diatas.
Peraturan 21. JAWATANKUASA PERTUBUHAN CAWANGAN
1.
Tiap-tiap pengurusan Pertubuhan Cawangan akan ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang mengandungi:

a) Seorang Pengerusi. (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

b) Seorang Timbalan Pengerusi (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

c) Seorang Setiausaha (dilantik oleh Pengerusi)

d) Seorang Penolong Setiausaha (dilantik oleh Setiausaha)

e) Seorang Bendahari

f) Tidak lebih dari 10 atau tidak kurang daripada 5 orang Ahli Jawatankuasa.
2.
Segala tugas Pengerusi akan dipangku oleh Timbalan Pengerusi sekiranya Pengerusi tiada. Penolong Setiausaha akan memangku tugas Setiausaha sekiranya Setiausaha tiada.
3.
Kewajipan Jawatankuasa Cawangan ialah menguruskan hal ehwal daerah menurut peraturan-peraturan Pertubuhan dan perintah-perintah oleh Jawatankuasa Kebangsaan. Jawatankuasa Cawangan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga(3) bulan sekali atau sebarang masa lain yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan kehendak setengah dari bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah dari jumlah bilangannya.
4.
Setiausaha Cawangan hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha Agung salinan minit mesyuarat tidak lewat dari 10 hari sesudah mesyuarat itu diadakan. Pemberitahuan mesyuarat hendaklah disampaikan kepada ahli-ahli tidak lewat dari 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.
5.
Pengerusi Cawangan hendaklah menjadi pengerusi Mesyuarat Agung Cawangan dan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan akan bertanggungjawab tentang kesempurnaan mesyuarat-mesyuaratnya. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangi minit-minit mesyuarat apabila ianya di sahkan. Ia akan menyelenggarakan urusan kira-kira bank bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari menurutPeraturan 24 dan akan mengawasi pentadbiran am Pertubuhan Cawangannya.
6.
Setiausaha Cawangan akan menguruskan segala kerja-kerja cawangan menurut peraturan-peraturan pertubuhan dan akan menjalankan perintah Majlis Jawatankuasa Agung dan perintah Jawatankuasa Cawangan. Ia akan bertanggungjawab tentang surat-menyurat cawangannya, menyimpan buku-buku, surat-surat keterangan dan kertas-kertas kepunyaan jabatannya dan akan menyelenggarakan kerja-kerja ini menurut arahan Majlis Jawatankuasa Agung atau Jawatankuasa Cawangan. Ia akan menyimpan dan menguruskan supaya di simpan sebuah Buku Daftar Ahli-Ahli yang bertulis nama dan alamat ahli-ahli negerinya dan hendaklah memberitahu kepada Setiausaha Agung di akhir tiap-tiap tiga(3) bulan akan apa-apa pertukaran yang berlaku berkenaan ahli-ahli itu. Ia akan memanggil Mesyuarat Agung dan mesyuarat jawatankuasa daerahnya dengan arahan serta persetujuan Pengerusi Cawangan dan hendaklah dituliskannya minit-minit mesyuarat bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari Cawangan.
7.
Bendahari Cawangan akan bertanggungjawab tentang segala wang yang diterima dan dibayar bagi pihak Petubuhan, menulis serta menyimpan Buku Kira-Kira Kewangan dengan sempurnanya. Ia akan mengeluarkan resit resmi bagi segala wang yang di terima. Maka tidaklah boleh lain-lain pegawai atau kakitangan Pertubuhan di daerah itu menerima wang atau mengeluarkan resit dengan tidak mendapat kebenaran yang jelas yang diberikannya dengan bersurat oleh Pengerusi Cawangan pada tiap-tiap kali mereka itu di kehendaki berbuat demikian. Ia akan bertanggungjawab tentang keselamatan segala buku-buku kewangan dan surat-surat keterangan yang berkaitan di pejabat daerahnya dengan tidak boleh dikeluarkannya buku-buku dan surat-surat keterangan dari pejabat rasmi daerah nya dengan tidak mendapat kebenaran jelas yang diberikan dengan bersurat oleh Pengerusi pada tiap-tiap kali ia hendak mengeluarkannya. Ia akan menguruskan kira-kira bank daerahnya bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha Cawangan. Ia akan bertanggungjawab sendiri tentang wang-wang dan harta-harta Pertubuhan yang melalui daerahnya.
8.
Semua urusan aktiviti Cawangan hendaklah dimaklumkan ke Bahagian Negeri kecuali urusan pentadbiran Cawangan boleh terus ke Ibu Pejabat oleh Cawangan.
Peraturan 22. MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN CAWANGAN
1.
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah di adakan tidak lewat dari bulan Mac tiap-tiap tahun
2.
Pekerjaan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah membincangkan kerja-kerja Pertubuhan Cawangan dalam tahun yang lalu, menetapkan usul-usul untuk di bincangkan di dalam Persidangan Perwakilan Tahunan dan membincang serta memutuskan segala perkara yang terkandung dalam agenda persidangan. Seterusnya mesyuarat akan melantik dua(2) orang Pemeriksa Kira-Kira.
3.
Mesyuarat Agung luar biasa cawangan akan di adakan:


a) Apabila di perintah oleh Majlis Jawatankuasa Agung, atau


b) Apabila sahaja di fikirkan mustahak oleh jawatankuasa daerah, atau


c) Dengan permintaan bertulis sekurang-kurangnya lima(5) orang ahli.
4.
Mesyuarat Agung yang diminta oleh ahli itu hendaklah di adakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permintaan itu diterima.
5.
Korum Mesyuarat Agung Cawangan ialah sepuluh (10) orang ahli. Pemberitahuan mesyuarat hendaklah di beri oleh Setiausaha Pertubuhan Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.
Peraturan 23. PEMERIKSA UNDI
1.
Tiga orang bukan Pegawai Pertubuhan ataupun calon Pegawai Pertubuhan untuk menjadi pemeriksa undi daerah, mereka itu mengawasi supaya cara-cara undi yang dijalankan adalah sebenarya menurut cara-cara yang ditentukan dan akan mengesahkan keputusan itu.
Peraturan 24. WANG DAN KIRA-KIRA PERTUBUHAN
1.
Segala Wang yang terkumpul di Ibu Pejabat dan negeri atau Cawangan, Pertubuhan adalah menjadi kepunyaan pertubuhan keseluruhannya.
2.
Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri atau Cawangan boleh berusaha mencari sumber kewangan dan membelanjakannya dengan tujuan memajukan dan mebuat aktiviti masing-masing dan menyimpan untuk tabung masing-masing..
3.
Bendahari Negeri hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha Agung sebelum 15 haribulan yuran yang diterima sesudah ditolak perbelanjaan yang sebnar dan potongan yang telah diluluskan untuk tabungan Negeri.
4.
Bendahari Cawangan hendaklah menyampaikan kepada Setiausaha Negeri sebelum 15 haribulan yuran yang diterima sesudah ditolak perbelanjaan yang sebnar dan potongan yang telah diluluskan untuk tabungan Cawangan.
5.
Bendahari Negeri hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha Agung sebelaum tiap-tiap 15 haribulan atau kenyataan mengenai pendapatan atau perbelanjaan negeri dalamm bulann yang lalu.
6.
Bendahari Cawangan hendaklah juga menyampaikan kepada Setiausaha Negeri sebelaum tiap-tiap 15 haribulan atau kenyataan mengenai pendapatan atau perbelanjaan negeri dalamm bulan yang lalu.
7.
Wang Pertubuhan hendaklah disimpan dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pertubuhan atas nama Pertubuhan Kebangsaan/Negeri/ Cawangan. Kira-kira Bank itu akan diuruskan bersama-sama oleh Yang Dipertua (Pengerusi), Setiausaha Agong (Setiausaha) dan Bendahari Agung (Bendahari).
8.
Bendahari Negeri dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada satu-satu masa dengan tidak perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pertubuhan Negeri terlebih dahulu. Bendahari Cawangan dibenarkan memegang wang tunai tidak lebih dari RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa dengan tidak perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pertubuhan Cawangan terlebih dahulu.
Peraturan 25. MAJLIS JAWATANKUASA PERTUBUHAN NEGERI
1.
Manakala satu Pertubuhan Cawangan ditubuhkan dalam sesebuah negeri di Malaysia maka Pertubuhan Daerah yang pertama akan sendirinya mewakili Pertubuhan Negeri berkenaan dan ahli-ahli jawatankuasa Cawangan itu akan sendirinya menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Negeri. Ahli Jawatankuasa ini bagaimanapun adalah bersifat sementara sahaja.
2.
Sekiranya lebih daripada satu Pertubuhan Cawangan yang didaftarkan dalam sebuah negeri di Malaysia, maka satu Jawatankuasa Pertubuhan Negeri hendaklah ditubuh yang mengandungi:-

a) Seorang Yang Di Pertua (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

b) Seorang Timbalan Yang Di Pertua (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

d) Dua orang Naib Yang Di Pertua 1 & 11 (dilantik oleh Mesyuarat Agung)

e) Seorang Setiausaha Pertubuhan Negeri (Dilantik oleh Yang Di Pertua Pertubuhan Negeri)

d) Seorang Penolong Setiausaha Pertubuhan Negeri (Dilantik oleh Setiausaha dengan dipersetujui oleh Yang Di Pertua)

e) Seorang Bendahari (Ditunjuk oleh Yang Di Pertua dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri)

f) Enam atau tidak lebih dari 10 orang ahli Jawatankuasa.

g) Yang Di Pertua berhak melantik dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa, lima(5) orang lagi untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Tambahan.
3.
Ahli-ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri.
4.
Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri hendaklah diadakan dalam bulan Jun tiap-tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu akan ditetapkan oleh Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri.
5.
Tiap-tiap Pertubuhan Daerah boleh menghantar 3 atau tidak lebih dari 6 orang wakil dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Negeri. Ini terpulang pada bilangan pertubuhan daerah yang bergabung dengan Pertubuhan Negeri yang ada dalam sesebuah negeri di Malaysia.
6.
Cukup korum mesyuarat jika wakil-wakil yang hadir, dengan tidak kira bilangannya orangnya, mewakili lebih daripada setengah dari jumlah bilangan Pertubuhan Daerah yang ada dalam negeri itu.
7.
Segala urusan Pertubuhan Negeri adalah di bawah pentadbiran Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan.
8.
Segala urusan Cawangan, Pusat Latihan atau Gelanggang adalah dibawah pentadbiran Majlis Jawatankuasa Negeri.
Peraturan 26. TUGAS AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN NEGERI
1.
Yang Di Pertua akan menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat dalam sebuah negeri.
2.
Timbalan Yang Di Pertua akan menggantikan Yang Di Pertua dan memegang kuasanya di masa ia tidak hadir.
3.
Setiausaha Pertubuhan Negeri akan menjalankan segala perintah daripada Setiausaha Agung dan juga memberi laporan segala keputusan Mesyuarat Pertubuhan Negeri dan juga laporan dari Pertubuhan Cawangan kepada Setiausaha Agung.
4.
Penolong Setiausaha Pertubuhan Negeri akan membantu Setiausaha dan akan menggantinya pada masa ia tidak hadir.
5.
Bendahari akan bertanggungjawab untuk menerima dan membayar wang Pertubuhan dalam sebuah Negeri, dan wang tunai lebih daripada RM300.00 hendaklah disimpan dalam bank atas nama Pertubuhan Negeri.
6.
Kira-kira Bank itu akan diuruskan oleh Yang DiPertua atau Setiausaha dan Bendahari. Akaun bank itu akan ditandatangani oleh Yang Dipertua (wajib) dan Bendahari atau Setiausaha.
7.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) bulan sekali dan cukup korum mesyuarat apabila hadir setengah daripada jumlah bilangan ahlinya. Butir-butir mesyuarat hendaklah disahkan dalam mesyuarat biasa.
8.
Panggilan Mesyuarat Pertubuhan Negeri akan dibuat oleh Setiausaha Pertubuhan Negeri. Permintaan dari ahli-ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri supaya diadakan mesyuarat hendaklah dibuat dengan surat dan dihantar kepada Setiausaha tersebut. Setiausaha ini boleh menolak permintaan itu sekiranya permintaan dibuat tidak munasabah.
9.
Apabila berlaku sesuatu perkara yang berkehendakkan keputusan dengan serta merta, Setiausaha Pertubuhan Negeri boleh mengedarkan surat pekeliling kepada Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri dan jawapannya hendaklah sampai balik kepada Setiausaha tidak lewat dari 7 hari surat itu diterima. Persetujuan hendaklah lebih dari setengah.
10.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri yang tidak menghadiri tiga kali mesyuarat berturut-turut dengan tidak memberi alasan yang memuaskan kepada Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri tidak lagi berhak memegang jawatannya.
11.
Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri boleh menerima permohonan gabungan Pertubuhan Daerah dalam negeri itu dan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung untuk mendapat sokongan kelulusan Persuruhjaya Sukan Malaysia.
12.
Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri tidak boleh membatalkan status gabungan Pertubuhan Cawangan dengan tidak dapat persetujuan dari Majlis Jawatankuasa Agung menurut Peraturan 20(2) sampai Peraturan 20(8).
13.
Pertubuhan Negeri boleh dibubarkan dengan sendirinya, sekiranya tidak ada satu Pertubuhan Cawangan yang didaftar dalam negeri itu ataupun Pertubuhan Negeri telah dibubarkan.
14.
Adalah menjadi kewajipan Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari Pertubuhan Negeri yang dibubarkan dengan sendirinya menyampaikan kepada Setiausaha Agung segala buku-buku, surat-surat, wang dan harta kepunyaan Pertubuhan Negeri bersama-sama dengan satu penyata dari tarikh kira-kira yang lalu dibentangkan sehingga tarikh pembubaran itu.
Peraturan 27. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN
1.
Tiap-tiap Pertubuhan Cawangan yang telah didaftarkan dalam sebuah negeri boleh menghantar 3 orang wakil menurut Peraturan 10(3).
2.
Tiap-tiap Pertubuhan Negeri boleh menghantar enam (6) orang wakil dalam Persidangan Perwakilan Tahunan yang tersebut dalam Peraturan 10(3).
3.
Persidangan Perwakilan Pusat bagi melantik Pegawai dan Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan hendaklah diadakan dua (2) tahun sekali.
4.
Persidangan Perwakilan Pertubuhan Negeri bagi melantik Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Negeri hendaklah diadakan dua (2) tahun sekali.
5.
Persidangan Pertubuhan Cawangan bagi melantik Pegawai dan Ahli Jawatankuasa hendaklah diadakan pada 2 tahun sekali.
Peraturan 28. WANG KEPUNYAAN PERTUBUHAN
1.
Apabila permintaan seseorang untuk menjadi ahli telah diluluskan menurut Peraturan 3 (4) maka yuran masuk menjadi ahli sebanyak RM 5.00 dan yuran tahunan sebanyak RM 5.00 telah dijelaskan, maka wang sebanyak RM 10.00 itu akan dibahagikan untuk simpanan seperti Peraturan 28 (4).
2.
Yuran tahunan sebanyak RM 5.00 yang dijelaskan oleh ahli Pertubuhan ini akan dibahagikan untuk simpanan seperti peraturan (4)
3.
Yuran seumur Hidup RM 100.00 yang dijelaskan oleh ahli Pertubuhan ini akan dibahagiakan untuk simpanan seperti Peraturan (4)
4.
Semua pembahagian yuran adalah seperti berikut:


• 50% untuk simpanan Pertubuhan Kebangsaan


• 25% untuk simapanan Pertubuhan Negeri


• 25% untuk simpanan Pertubuhan Cawangan .
5.
Bahagian Negeri atau Cawangan tidak ada hak pembahagian jika pendaftaranitu terus ke Ibu Pejabat. Manakala ahli tersebut pula hilang kelayakan sebagai ahli Cawangan atau Bahagian Negeri (mereka menjadi ahli terus).
6.
Ahli tersebut boleh memohon untuk terlibat didalam Cawangan seterusnya Bahagian Negeri, tetapi tidak layak untuk memegang jawatan
Peraturan 29. LAMBANG DAN KEAHLIAN
1.
Tiap-tiap ahli yang berdaftar memakai lencana atau ‘badge’ di sebelah kiri poket baju. Contoh lencana adalah seperti contoh “A”
2.
Pertubuhan Kebangsaan akan mengeluarkan kad keahlian kepada tiap-tiap ahli yang berdaftar dengan bayaran yang ditentukan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
3.
Pakaian ahli semasa berlatih Silat Seni Gayong ialah baju, seluar, dan tengkolok hitam, bengkong atau tali pinggang mengikut peringkat masing-masing.)
4.
Bendera atau panji-panji Pertubuhan ini berupa 4 jalur melentang, di atas sekali berwarna hitam, jalur yang kedua berwarna putih, jalur yang ketiga berwarna kuning dan bawah sekali berwarna merah. Diantara hitam dan putih di sebelah kiri atas muka bendera bertanah warna putih ada dicap lambang seperti contoh “B”.


• Warna hitam tanda bayang


• Warna putih tanda suci


• Warna kuning tanda kebesaran


• Warna merah tanda kepahlawanan


a) Naga Kekuatan di laut


Harimau Kekuatan di darat


Keris & Parang Alat senjata orang Melayu


Jalur-jalur Kuning/Hitam Tingkatan Pelajaran


Peta Dunia Untuk dikembangkan diseluruh dunia


Bulan Bintang Sinaran cahaya


PSSGM Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia


Warna Hijau Tanda kesuburan
5.
Lambang seperti contoh “B” akan dicap diatas bendera, baju pakaian ahli, kad pengenalan ahli, kertas surat menyurat, sampul surat, borang menjadi ahli dan sijil kelulusan pelajaran.
6.
Adalah di LARANG penggunaan lambang dalam kalangan bukan ahli Pertubuhan
7.
Adalah di LARANG penyalahgunaan lambang, mengubahsuai tanpa kebenaran dari Pertubuhan
8.
Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan nama Pertubuhan, lambang, logo, ahli-ahli yang berdaftar atau harta benda untuk apa jua aktiviti, pernyataan, media massa, eletronik atau berkaitan tanpa kebenaran Jawatankuasa Pertubuhan.
9.
Nama, logo (contoh B), bendera dan ahli-ahli yang berdaftar adalah hak milik Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang dicipta oleh Mahaguru Pertubuhan ini.
10.
Sebarang cetakan, mengedar atau jualan lambing, logo dan bendera atau berkaitan adalah di LARANG tanpa mendapat kebenaran dari Pertubuhan. Sesiapa yang melakukannya boleh didakwa ke mahkamah.
Peraturan 30. LEMBAGA ADAT ISTIADAT
1.
Pertubuhan ini hendaklah mempunyai Lembaga Adat Istiadat yang akan mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong berlandaskan peraturan dan adat Silat Seni Gayong.
2.
Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan hendaklah dianggotai oleh Pengerusi-Pengerusi Lembaga Adat Istiadat Negeri. Dari kalangan ahli Lembaga ini, maka hendaklah dilantik:-

b) Seorang Pengerusi (sekurang-kurang mempunyai sandang Warga Beradat)

b) Seorang Timbalan Pengerusi

f) Dua orang Naib Yang Di Pertua 1 & 11

g) Seorang Setiausaha (Dilantik oleh Pengerusi dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya sandang Waris dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain)

d) Seorang Penolong Setiausaha (Dilantik oleh Setiausaha dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya sandang Khalifah dengan dipersetujui oleh Pengerusi)

e) Seorang Bendahari (Ditunjuk oleh Pengerusi dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya sandang Khalifah dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain)

f) Ahli Tambahan Yang Di Pertua berhak melantik dengan persetujuan Ahli Lembaga, lima(5) orang lagi dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya sandang Ketua Beradat untuk menjadi Ahli Tambahan kepada Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan dengan persetujuan Ahli Lembaga yang lain)
3.
Tiada Majlis Lembaga Adat Cawangan
4.
Kuasa badan ini adalah termaktub dalam Peraturan Kecil Lembaga Adat Istiadat.
Peraturan 31. MAJLIS GURULATIH
1.
Pertubuhan ini hendaklah mempunyai Majlis Gurulatih yang akan mengawal dan mentadbir urusan kegurulatihan dan pelajaran Silat Seni Gayong.
2.
Lembaga Adat Istiadat Kebangsaan hendaklah dianggotai oleh Pengerusi-Pengerusi Majalis Gurulatih Negeri. Dari kalangan ahli Majlis ini, maka hendaklah dilantik:-

a) Seorang Pengerusi (sekurang-kurang pemegang bengkung/tali pinggang Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti)

b) Seorang Timbalan Pengerusi

h) Dua orang Naib Yang Di Pertua 1 & 11

i) Seorang Setiausaha (Dilantik oleh Pengerusi dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya pemegang bengkung Pelangi Kuning dengan dipersetujui Ahli Majlis yang lain)

d) Seorang Penolong Setiausaha (Dilantik oleh Setiausaha dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya pemegang bengkung Pelangi Kuning dengan dipersetujui oleh Pengerusi)

e) Seorang Bendahari (Ditunjuk oleh Pengerusi dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya pemegang bengkung Pelangi Kuning dengan persetujui Ahli Majlis yang lain)

f) Ahli Tambahan Yang Di Pertua berhak melantik dengan persetujuan Ahli Majlis, lima(5) orang lagi dari kalangan murid Silat Seni Gayong yang memegang sekurang-kurangnya bengkung Pelangi Kuning untuk menjadi Ahli Tambahan kepada Majlis Gurulatih Kebangsaan dengan persetujuan Ahli Majlis yang lain)
3.
Tiada Majlis Gurulatih Cawangan
4.
Kuasa badan ini adalah termaktub dalam Peraturan Kecil Majlis Gurulatih.
Peraturan 32. WARIS AMANAH SILAT SENI GAYONG
1.
Waris Amanah Silat Seni Gayong ialah Pemegang Amanah yang dilantik oleh Mahaguru Dato’ Meor Abd Rahman sebagai orang yang di amanah untuk bertanggungjawab atas Adat Istiadat, Pelajaran Guru-Gurulatih Silat Seni Gayong Malaysia.
2.
Kesinambungan Waris Amanah Silat Seni Gayong akan di tentu oleh waris Amanah Silat Seni Gayong yang terlantik melalui Peraturan 32(1) ini sama ada secara tauliah atau wasiat.
3.
Waris Amanah Silat Seni Gayong berkuasa untuk melantik Pengerusi Lembaga Beradat dan Majlis Gurulatih Peringkat Kebangsaan dan Negeri.