ACAP ACAP DI TEPI PANTAI,
BUAYA GANAS MELINTANG KUALA,
SEBELUM AJAL BERPANTANG MAUT,
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...
ANAK CINA BERMAIN GASING,
MARI BERMAIN DI KOTA RAJA,
BANGSA MELAYU TIDAK TERPUSING,
KERANA SETIA PADA NEGARA...
TANAH MELAKA TANAH PUSAKA,
TEMPAT LAHIR PANGLIMA NEGARA,
WAHAI PEMUDI JUGA PEMUDA,
BANGUNLAH KAMU MEMPERTAHAN NEGARA...
TANAH MELAYU TANAH PURBA,
TEMPAT BERBAGAI ANEKA SEJARAH,
KALAU KATA TELAH DI KOTA,
PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH!!!
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dicipta dan diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd. Hashim.DPCM.Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan pps 0149/98)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan