Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dicipta dan diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd. Hashim.DPCM.Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan pps 0149/98)
12.13.2012
KURSUS SENI PARANG PANJANG KEBANGSAAN
-->Kursus ini dengan jayanya diadakan pada 22.November.2012 sehingga 24.November.2012 bertempat di Kuala Nerang Kedah.Peserta dari daerah daerah kedah turut menjayakan program tersebut.Ini merupakan salah sau program anjuran PSSGM Pusat dibawah Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan iaitu Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah. Kursus Seni Parang Panjang ini juga telah dihadiri oleh Gurulatih-Gurulatih dari seluruh Malaysia.
12.06.2012
PSSGM POLIMAS - ZIARAH CIKGU NORDIN KIPAS EMAS
PADA 13 NOVEMBER 2012 ,ANAK ANAK GAYONG POLIMAS SERTA TEAM GENDANG SILAT SERI TANJUNG TELAH MENGADAKAN LAWATAN ZIARAH KE RUMAH CIKGU NORDIN DI MATA AYER PERLIS.BANYAK KISAH SUKA DAN DUKA DIKONGSI DAN DICERITAKAN KEPADA KAMI ANAK ANAK MUDA.
PSSGM KUBANG PASU - BBQ PENUTUP TAHUN 2012
SEDIKIT GAMBAR MAJLIS BBQ PENUTUP TAHUN 2012 YANG BERLANGSUNG PADA NOVEMBER 2012 DI GELANGGANG PANGLIMA HITAM TAMAN JITRA
PSSGM PADANG TERAP - PROGRAM SKUAD 1 MALAYSIA
12 oktober 2012 : PROGRAM SKUAD 1 MALAYSIA IALAH SATU INISIATIF YANG DIUSAHAKAN OLEH AGENSI DADAH KEBANGSAAN BAGI MENARIK LEBIH RAMAI BELIA MENYERTAI AKTIVITI BERFAEDAH BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT DISAMPING SEDIKIT SEBANYAK MENYALURKAN MAKLUMAT TENTANG BAHAYA DADAH KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA,PSSGM DAERAH PADANG TERAP SEBAGAI NGO BERDAFTAR YANG MEMPUNYAI KEAHLIAN SERAMAI HAMPIR 800 ORANG YANG TERDIRI DARIPADA 90% BELIA DIBAWAH UMUR 25 TAHUN MENGAMBIL PENDEKATAN DAN BERKERJASAMA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BAGI MENARIK LEBI RAMAI BELIA DAN PENDUDUK SETMPAT HADIR KE PROGRAM PADA HARI ITU, PSSGM TELAH MENGADAKAN DEMONSTRASI GERAKAN ASAS(SESI PAGI) DAN DEMONSTRASI AKSI LASAK DAN BERBAHAYA (SESI PETANG),DISAMPING SUKAN LASAK LAIN SEPERTI MOTOCROS(KEMLES),4WD DAN ACARA SUKANEKA,PROGRAM ARI TERSEBUT JUGA MENDAPAT LIPUTAN DARI CREW RANCANGAN SUKAN LASAK TERBITAN RTM 2,PROGRAM TELAH DIRASMIKAN OLEH YAB DATO SERI MAWANGSA DATO SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALED.
8.15.2012
PSSGM DAERAH KUBANG PASU MAJLIS BERBUKA PUASA 2012
PADA 4 OGOS 2012 PSSGM KUBANG PASU TELAH MENGADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERTEMPAT DI RESTORAN DUSUN PERMAI.MAJLIS TERSEBUT DIHADIRI ANAK ANAK GAYONG KUBANG PASU SERTA ANAK ANAK GAYONG PADANG TERAP,.TURUT HADIR ADALAH CIKGU IZUAN AZMI ( NAIB YDP I PSSGM KEDAH) ,PAK TEH COT (NAIB YDP II PSSGM KEDAH) DAN CIKGU KHAIRUL ADHA (PENGERUSI M.GURULATIH PSSGM KUBANG PASU)
HIMPUNAN ANAK GAYONG PADANG TERAP DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN
JUTAAN TERIMA KASEH ATAS SUMBANGAN,KOMITMEN,KERJASAMA DAN PENGORBANAN SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN "HIMPUNAN ANAKA GAYONG PADANG TERAP DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN SANDANG SERTA BENGKONG " PADA 14 JULAI 2012,TIDAK KETINGGALAN KEPADA SEMUA AJK PSSGM NEGERI DAN PSSGM KUBANG PASU SERTA PSSGM S,PETANI YANG MENGHANTAR WAKIL DALAM MENJAYAKAN DEMO,JASA ANDA SEMUA SANGAT DI HARGAI,, TERIMA KASEH
4.04.2012
PSSGM KUALA MUDA - LAWATAN & GOTONG ROYONG DI AYER KUNING
Lawatan dari Anak-Anak Gayong PSSGM Daerah Kuala Muda yang diketuai oleh Guru Kassim.

Satu lawatan telah diadakan oleh anak-anak gayong negeri Kedah pada 25.Mac.2012 yang diketuai oleh Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah ke Air Kuning Perak. Rombangan yang turut serta pada kali ini adalah dari PSSGM Daerah Kuala Muda. Turut dilawati oleh rombongan pada kali ini adalah pusara ADMAR dan pusara Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsom. Satu program gotong royong membersih pusara telah diadakan.
Semoga Kita Terus Mendukung Perjuangan Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman.
-->
PSSGM PADANG TERAP - PERSEMBAHAN SILAT

Tahniah pada anak-anak Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Padang Terap cawangan se.men,keb. pedu kerana berjaya mengadakan demo semperna mesyuarat agong PIBG sekolah pada hari isnin lepas
MAJLIS SILATURRAHIM DAN ULANGKAJI PELAJARAN PSSGM NEGERI KEDAH
salam gayong salam perpaduan...17-20/5/2012 kem silaturahim PSSGM NEGERI KEDAH bertempat di KUALA NERANG...oleh itu pada sahabat2 yg akan turut serta perkemaskanlah kunci dan combat anda dari 1-21....tq..-->
ISTIADAT PERLIMAU TAPAK/SENI PSSGM DAERAH PADANG TERAP
Ketika ini sedang berlangsung istiadat perlimau tapak dan seni pssgm daerah kuala nerang oleh dato Adiwijaya 31/03/2012-->


cg.mus, cg. Sulleh dan Dato Adiwijaya
KURSUS KEJURULATIHAN PSSGM KUBANG PASU SIRI 1/2012
KURSUS DIADAKAN DENGAN JAYANYA SELAMA 5 HARI BERTEMPAT DI POLIMAS BERMULA PADA 22 HB MAC 2012-->
WAWANCARA KHAS 50 TAHUN PSSGM TURUT DIADAKAN PADA HARI KE 3 KURSUS..KESELURUHAN KEPIMPINAN TERTINGGI PSSGM NEGERI DAN PUSAT JUGA TURUT SERTA.

TURUT HADIR ADALAH CIKGU MUSTAFA KAMAL ( LIPAN BARA ) DAN CIKGU NORDIN ( KIPAS EMAS)
MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH YBG DATO ADIWIJAYA ( YDP PSSGM KEBANGSAAN)

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DARIPADA ABANG KHAIRUL ADHA (KETUA GURULATIH PSSGM DAERAH KUBANG PASU) KEPADA PAK TEH CHOT (KETUA GURULATIH PSSGM DAERAH PADANG TERAP) DISAKSIKAN OLEH CIKGU IZUAN AZMI (NAIB YDP 1 PSSGM NEGERI KEDAH)
BEROPERASI SEMULA
SALAM GAYONG,
LAMAN BLOG RASMI PSSGM KEDAH KEMBALI BEROPERASI
DIMINTA PSSGM DAERAH MEMBERIKAN LINK LAMAN FACEBOOK MASING MASING KEPADA KHAIRUL ADHA - http://www.facebook.com/profile.php?id=1841370414 UNTUK DIKEMASKINI DALAM LAMAN BLOG.
3.05.2012
UNDER MAINTENANCE
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM HORMAT,
HARAP MAAF WEB RASMI PSSGM KEDAH UNDER MAINTENANCE , KEKESALAN AMAT KAMI KESALI
SEKIAN
GANGGAM ANGKAT YAKIN WARAS NGERI.
HARAP MAAF WEB RASMI PSSGM KEDAH UNDER MAINTENANCE , KEKESALAN AMAT KAMI KESALI
SEKIAN
GANGGAM ANGKAT YAKIN WARAS NGERI.
6.22.2011
Permohonan Keahlian PSSGM bagi Yang Berumur 15 tahun Katas
untuk pengesahan sila hubungi
Daerah Kubang Pasu :017- 4101757 Cikgu Syed Muzammil
Daerah Kota Setar : 019- 5233593 Cikgu Suhaila
Daerah Langkawi : Cikgu Fauzi
Daerah Pokok Sena : 013- 4444903 Cikgu Izuan
Daerah Kuala Muda : 019-4749830 Cikgu Kassim Awang
Daerah Kuala Muda : 019-4749830 Cikgu Kassim Awang
LIRIK LAGU DAN KATA KATA GAYONG
LAGU RASMI GAYONG
DENGAN BISMILLAH MULA DIKATA,
MENGINGATI KEBESARAN ALLAH YANG MULIA,
KERANA WAJIB TELAH TERNYATA,
SEGALA PERBUATAN PERLULAH DISERTA,
SENI GAYONG PAYUNG PUSAKA,
NAUNGAN ANEKA HIKMAT MULIA,
RAHSIA TERSIMPAN DIPURBAKALA,
ILHAM MENYUSUR ZAHIR SEMULA,
NIATNYA BERSIH BAUNYA SUCI,
BERSERU KEPADA PUTERA DAN PUTERI,
AGAMA YANG MULIA DIJUNJUNG TINGGI,
BELALAH BANGSA, ADAT DAN NEGERI,
GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGINGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU,
GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGINGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU.
NIATNYA BERSIH BAUNYA SUCI,
BERSERU KEPADA PUTERA DAN PUTERI,
AGAMA YANG MULIA DIJUNJUNG TINGGI,
BELALAH BANGSA, ADAT DAN NEGERI,
GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGINGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU.
Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.
Sajak Gayong
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.
MENGINGATI KEBESARAN ALLAH YANG MULIA,
KERANA WAJIB TELAH TERNYATA,
SEGALA PERBUATAN PERLULAH DISERTA,
SENI GAYONG PAYUNG PUSAKA,
NAUNGAN ANEKA HIKMAT MULIA,
RAHSIA TERSIMPAN DIPURBAKALA,
ILHAM MENYUSUR ZAHIR SEMULA,
NIATNYA BERSIH BAUNYA SUCI,
BERSERU KEPADA PUTERA DAN PUTERI,
AGAMA YANG MULIA DIJUNJUNG TINGGI,
BELALAH BANGSA, ADAT DAN NEGERI,
GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGINGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU,
GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGINGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU.
NIATNYA BERSIH BAUNYA SUCI,
BERSERU KEPADA PUTERA DAN PUTERI,
AGAMA YANG MULIA DIJUNJUNG TINGGI,
BELALAH BANGSA, ADAT DAN NEGERI,
GAYONG BERCANTUM BERSATU PADU,
MENGINGAT JUNJUNGAN EMPUNYA SERU,
SAMA SENDIRI BANTU MEMBANTU,
SELAMAT SEJAHTERA HAJAT DITUJU.
Amanah Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.

Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.
Sajak Gayong
Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.
Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Naungan aneka hikmat mulia;
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.
Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Bersatu kepada putera dan puteri;
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Mengingatkan junjungan empunya seru;
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.
Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Tanahnya subur ditanam padi;
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Bekalan air raja kesakti;
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Anak panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.
Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Besi tua di Tanah Jawa;
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Tempat ratu raja Jawa;
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.
Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Dewi pusaka ibu pertiwi;
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.
Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Dijunjung oleh seluruh negeri;
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.
Tidak senang untuk ditiru;
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.
Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.
Junjung oleh putera negara;
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.
Pantun Rahsia Gayong
Anakku Anak Ibumu:
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Dapat rusa belang di kaki;
Berguru kepalang ajar,
Alamat binasa badan sendiri.
Mendaki gunung meredah lurah,
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati;
Ilmu GAYONG bukannya mudah,
Seni turunan wali kesakti.
Mencari ramuan pengubat hati,
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi;
Seni turunan wali kesakti,
Menjaga air mengawal bumi.
Beranyut ke hilir panduan resemi,
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang;
Menjaga air mengawal bumi,
Tegap menapak teguh menjulang.
Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Memohon tahjud menadah sentiasa;
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.
Seruan Khas Arwah Dato' Meor Abdul Rahman
Acap-acap di tepi laut,
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Buaya ganas melintang kuala;
Sebelum ajal berpantang maut,
Takkan Melayu hilang di dunia.
Anak Cina bermain gasing,
Mari bermain di kota raja;
Bangsa Melayu tidak terpusing,
Kerana setia kepada negara.
Tanah Melaka tanah pusaka,
Tempat lahir panglima negara;
Wahai pemudi juga pemuda,
Bangunlah kamu mempertahankan negara.
Tanah Melaka tanah purba,
Tempat berbagai aneka sejarah;
Kalau kata sudah dikota,
Pantang Melayu menyerah kalah.
4.08.2011
Silat Gayong Malaysia Dimata Dunia
anak melayu kenapa tinggalkan seni kita???
tak cukup beharga lagi ke khazanah ini..renungkanlah..
bangsa asing meredah dunia mencari ilmu GAYONG.
4.02.2011
Status Keahlian PSSGM Semasa Mengikut Carta PSSGM Pusat 2009
|
Langgan:
Catatan (Atom)




















.jpg)





