Memaparkan catatan dengan label KEBANGSAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEBANGSAAN. Papar semua catatan

7.15.2013

JAWATANKUASA PUSAT 2013-2015

-->
Yang diPertua PSSGM-
Datuk Adiwijaya bin Abdullah

Timbalan Yang diPertua 1-
cikgu Mohd Faid Musa
Timbalan Yang diPertua 2-
Datin Feridah bt Abu Johan
Naib Yang diPertua 1-
Cikgu Sazali b Dato' Meor Abdul Rahman
Naib Yang diPertua 2
Cikgu Anuar Abd Hamid
Naib Yang diPertua 3-
Cikgu Rasol
BARISAN AJK 2012 - 2014
Cikgu Rahim Masrom
 (Pahang)
Cikgu Shahsuzanni Abu Bakar
 (Perlis)
Cikgu Tengku Aminudin
(N.9)
Cikgu Raja Zulkifli Raja Abu Bakar
 (Penang)
Cikgu Mohd Izuan Bin Azmi
(Kedah)
Cikgu Mat Isa Mustafa
(Kedah)
Cikgu Razani Hassan
 (Kelantan)
Cikgu Abd Aziz Hj Othman PJK
(Selangor)
Cikgu Mohd Nor Abdul Samad
 (Johor)
Mas Shariffah Mismat
 (Perak).
Cikgu Haji Sani Morni
(KL)

1.16.2013

MESYUARAT AGONG PSSGM KEBANGSAAN 2013

Pada 6 Januari 2013 telah berlangsung Mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan Bertempat di Kuala Lumpur

Syukur Alhamdulillah pada tahun 2013 masih lagi PSSGM dibawah pimpinan YDP Dato Adiwijaya dan kita mengharapkan seterusnya di tahun2 yang akan datang, semoga beliau beroleh kesihatan yang baik sepanjang masa untuk memimpin Gayong Malaysia. Petikan dari saranan dan hasrat beliau.."apa yang dimaksudkan gayong bercantum?""gayong bercantum iaitu gayong yang diusaha dan dipimpin Allahyarham Dato Meor semasa hayatnya dan sehingga kini iaitu Gayong Malaysia yang bercantum dari Perlis sehingga ke Johor seterusnya Sabah dan Sarawak sehinggalah keseluruh Negara..Oleh itu mari saudara-saudari buktikan "Gayong Malaysia" boleh bersatu padu dengan jalinan ukhuwah yang konkrit dan bersatu padu..Ilham Menyusun Zahir Semula..






12.13.2012

KURSUS SENI PARANG PANJANG KEBANGSAAN


-->Kursus ini dengan jayanya diadakan pada 22.November.2012 sehingga 24.November.2012 bertempat di Kuala Nerang Kedah.Peserta dari daerah daerah kedah turut menjayakan program tersebut.Ini merupakan salah sau program anjuran PSSGM Pusat dibawah Pengerusi Majlis Gurulatih Kebangsaan iaitu Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah. Kursus Seni Parang Panjang ini juga telah dihadiri oleh Gurulatih-Gurulatih dari seluruh Malaysia.

11.28.2010

GAMBAR KURSUS GURULATIH PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 DI PORT DICKSON


Yang Berbahagia Dato Adiwijaya sendiri sebagai tenaga pengajar dalam silibus gurulatih ini.



















-->

10.10.2010

PERHIMPUNAN PERDANA GAYONG 2010

angan terlepas kuasa politik



NAJIB Tun Razak bersama sebahagian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia melaungkan 1Malaysia selepas menerima Anugerah Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi yang membawa gelaran Imam Khalifah Agong PSSGM Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Orang Melayu diingatkan bahawa kuasa politik yang diperoleh mereka menerusi pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah senjata paling tajam yang perlu dipertahankan supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan terhadap BN adalah penting kerana ia satu-satunya parti yang benar-benar berjuang atas landasan bangsa, agama dan tanah air.
"Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita.
"Sebab itu, pesanan oleh pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Mohd. Hashim satu ketika dahulu adalah 'kalau ada dulang jangan biar ia terhempas, kalau ada kuasa jangan biar kuasa ini terlepas ke tangan orang lain.'
"Inilah asas kepada segala-galanya. Selagi ada kuasa, insya-Allah ada esok lagi untuk kita semua. Sebab itu, rapatlah barisan kita, masuklah dalam barisan dan teruskan perjuangan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gayong Perdana 2010 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri PSSGM yang dihadiri kira-kira 5,000 ahli pertubuhan itu di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Penaung Agung PSSGM Kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua pertubuhan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah.
Dalam pada itu, Najib menggesa supaya segala nilai-nilai murni dalam amalan persilatan termasuk yang diterapkan oleh PSSGM dijadikan wadah dan pemangkin untuk mewujudkan bangsa Malaysia maju pada abad ke-21.
Menurut Perdana Menteri, perkara sama telah dibuat oleh masyarakat Jepun sebelum ini apabila menggunakan kod prinsip-prinsip moral pahlawan Samurai yang dikenali sebagai 'bushido' bagi mewujudkan bangsa yang berjaya.
"Abad ke-21 bukan abad yang mana kekuatan tentera merupakan kuasa yang dapat kekal selama-lamanya, sebaliknya kejayaan sesuatu tamadun ini adalah berdasarkan kepada kekuatan minda dan nilai.
"Kita juga tidak boleh berjaya sebagai sebuah bangsa atas semangat atau laungan semata-mata. Untuk maju, semua pihak termasuk pengamal seni silat perlu tahu hala tuju dan landasan perjuangan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, pengamal seni silat termasuk ahli-ahli PSSGM boleh dianggap sebagai barisan ketiga pertahanan yang sanggup berkorban dan menyumbang untuk mempertahankan kedaulatan negara jika diserang musuh.
Beliau menjelaskan, barisan pertama pertahanan negara adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala barisan kedua adalah Askar Wataniah.
"Hari ini apabila saya melihat anak-anak muda di hadapan saya ini, ia seolah-olah saya berhadapan dengan sebuah angkatan anak-anak Melayu yang sudi menghadapi apa juga yang mungkin mencabar kedaulatan negara," katanya.
Pada majlis itu, Najib dianugerahkan sandang tertinggi PSSGM yang membawa gelaran 'Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi', sekali gus menjadikan beliau sebagai 'Imam Khalifah Agung' kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara.
Tokoh terakhir yang menerima anugerah itu sebelum ini ialah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Anugerah sandang itu tergolong di dalam susunan sandang kehormat PSSGM yang hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu, pemimpin tertinggi negara atau negeri bagi melambangkan ketaatan ahli silat seni gayong kepada kepimpinan sedia ada.
Najib dalam ucapannya turut melahirkan perasaan terharu diberikan anugerah itu yang disifatkan sebagai penghormatan besar terhadap dirinya.

7.11.2010

PERDANA MENTERI MELULUSKAN PEMBINAAN WISMA DAN PENUBUHAN AKADEMI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

 Pertemuan pimpinan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dengan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Februari 2010 di De Palma Hotel Ampang menjadi amat bermakna apabila diumumkan bahawa pembinaan Wisma Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dipersetujui. YAB Dato’ Seri meminta supaya usaha mencari sebidang tanah yang bersesuaian sama ada di Selangor mahupun di Negeri Sembilan hendaklah dimulakan sebagai langkah awal ke arah ini. Sebagai sebuah pertubuhan silat yang telah wujud kian lama, seharusnya kini mempunyai sebuah bangunan sebagai mercu tanda kepada dunia persilatan negara.
   Kemeriahan penyampaian sijil kepada peserta Kursus Gurulatih Kanan dan Pemantapan Wasit pada malam itu dipuncakkan lagi dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri supaya sebuah Akademi Silat Seni Gayong Malaysia ditubuhkan. Penubuhan sebuah akademi akan membuka laluan yang lebih bersifat jangka panjang katanya dalam usaha untuk memartabatkan Silat Seni Gayong Malaysia dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa..